Subscribe

This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Berita Hari Ini

Ahad, 27 Disember 2009

Kisah Kubur

Ayah Si Pemuda Menjadi HimarDalam terik panas mentari yang memancar menyinari tanah Baitul Haram, seorang ulama zuhud yang bernama Muhammad Abdullah al-Mubarak keluar dari rumahnya untuk menunaikan ibadah haji. Di sana dia leka melihat seorang pemuda yang asyik membaca selawat dalam keadaan ihram. Malah di Padang Arafah dan di Mina pemuda tersebut hanya membasahkan lidahnya dengan selawat ke atas Nabi. “Hai saudara,” tegur Abdullah kepada pemuda...

Isnin, 7 Disember 2009

Tiga Jenis Manusia Yang Perlu Didakwahkan

Dalam kehidupan ini manusia dapat diklasifikasi dalam tiga kategori, yaitu:Manusia yang Berperilaku dengan Akhlak IslamiahIa adalah orang yang rajin beribadah dan rajin ke masjid. Orang yang seperti ini harus dinomborsatukan, kerana mereka lebih dekat dengan dakwah kita, sehingga tidak membutuhkan tenaga yang banyak dan untuk mengajak mereka pun tidak banyak kesulitan.Manusia yang Berperilaku dengan Akhlak AsasiyahIa adalah orang yang tidak taat...

Rabu, 11 November 2009

KEBERKATAN SEDEQAH

Dikisahkan bahawa semasa berlakunya kekurangan makanan dalam kalangan Bani Israel, maka lalulah seorang fakir menghampiri rumah seorang kaya dengan berkata: "Sedekahlah kamu kepadaku dengan sepotong roti dengan ikhlas kerana Allah S.W.T."Setelah fakir miskin itu berkata demikian maka keluarlah anak gadis orang kaya, lalu memberikan roti yang masih panas kepadanya. Sebaik saja gadis itu memberikan roti tersebut maka keluarlah bapa gadis tersebut yang...

Sabtu, 31 Oktober 2009

Riwayat Hidup Imam As-Syafie

Imam Syafie bernama Muhammad bin Idris. Salasilah keturunan beliau adalah Muhammad bin Idris bin Abbas bin Usman bin Syafie bin Saib bin Abdul Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf. Keturunan beliau bertemu dengan keturunan Nabi Muhammad SAW pada datuk Nabi Muhammad yang ketiga iaitu Abdul Manaf. Beliau dilahirkan di Ghuzah nama sebuah kampung yang termasuk daerah Palestin, pada bulan Rejab 150 H atau 767 Masehi. Tempat asal ayah dan...

Isnin, 26 Oktober 2009

PUNCA UMAT DAN NEGARA ISLAM MUNDUR

Setelah beberapa analisa yang saya bentangkan kepada saudara-saudara ini, bolehlah sekarang saudara-saudara mengkaji apa yang sedang berlaku di negara-negara Islam bagi mengenali tempat penyakit dan dapat merumuskan ubat baginya.Tidakkah saudara-saudara melihat kerajaan Islam di dunia ini semuanya telah dihinggapi dan diresapi oleh kelemahan, seolah-olah menjadi batang kayu yang kosong? Apakah sebabnya terjadi demikian?Sebab asasinya ialah kerana...

Khamis, 22 Oktober 2009

ANTARA SABAR DAN MENGELUH

Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Di waktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya."Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu, tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya: "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu...

Ahad, 18 Oktober 2009

Membuang sifat ego dan bangga diri

Manusia diciptakan sebagai khalifah di muka bumi ini. Setiap manusia di muka bumi ini berbeza antara satu dengan yang lain. Oleh itu kita hidup di bumi ini perlu saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Ibaratkanlah hidup kita sebagai batu-bata untuk membina rumah. Sekiranya kurang satu batu-batu itu, maka tidak lengkaplah rumah yang ingin dibina.Sekiranya seseorang manusia diuji dengan ilmu dan kepandaian, janganlah mengaggap dirinya hebat,...

Selasa, 8 September 2009

Bila Lailatul Qadr?

Hadith Rasulullah s.a.w.:Dari Abu Hurairah r.a., ia berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang mendirikan malam lailatul Qadr kerana iman dan mengharapkan pahala Allah maka ia diampuni dosanya yang telah lampau"Hadith Sahih Bukhari Dari Anas, ia berkata: Ubadah bin Shamit memberi khabar kepadaku bahawasanya pada suatu hari Rasulullah s.a.w. keluar untuk memberitahukan tentang bila berlakunya Lailatul Qadr. Kebetulan Baginda bertemu dua...

Ahad, 6 September 2009

Kelebihan Sahur

Ibnu Umar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah Sollallhu 'alaihi wasallam telah bersabda: "Sesungguhnya Allah taala dan para malaikat-Nya mengirimkan rahmat ke atas mereka-mereka yang memakan sahur." (Riwayat at-Tabrani)Jumhur Ulama telah bersepakat bahawa menyatakannya sebagai Mustahab. Ramai yang terlepas ganjaran yang amat besar ini kerana kemalasannya. Sesetengahnya setelah selesai Solat Terawih, terus bersahur dan terus pergi tidur. Betapa rugi...

Khamis, 3 September 2009

Cadangan amalan keluarga di bulan ramadhan

Bulan yang penuh berkah dan rahmat datang lagi. Sebagai umat Islam, kita semua mestilah merebut peluang ini dengan sebaik-baiknya. Lakukanlah sebanyaknya amal soleh serta mempertingkatkan dan memperbanyakkan lagi amal ibadat pada bulan yang mulia ini. Di sini dikemukakan cadangan amalan yang boleh diikuti oleh kita semua.Di bawah ini disenaraikan satu saranan program untuk umat islam di bulan ramadhanSeorang yang beragama Islam memulakan harinya,...

Sabtu, 29 Ogos 2009

BISIKAN RAMADHAN

Salman meriwayatkan bahawa pada akhir bulan Syaaban Rasulullah SAW memberikan khutbah kepada kami dan bersabda: "Wahai manusia, telah datang sekarang satu bulan yang mulia (agung), bulan yang paling diberkati yang mana terdapat di dalamnya satu malam yang tersangat besar kelebihannya daripada 1000 bulan. Inilah bulan yang mana Allah mewajibkan pada siang harinya untuk berpuasa. Dan Dia telah menjadikan Solat Terawih sebagai sunnah di malam itu. Barangsiapa...

Selasa, 18 Ogos 2009

Bekas Tapak Kaki Nabi Ibrahim Alaihi Salam

Setelah Nabi Ismail bersetuju untuk membantu Nabi Ibrahim membangunkan Kaabah, maka Nabi Ibrahim bersama dengan anaknya pun mula membina Kaabah setelah Allah S.W.T menunjukkan kepada mereka tempat yang harus dibina Baitullah itu.Ada dua riwayat yang mengatakan bahawa Allah S.W.T meninggikan tapak Baitullah sebelum dibina oleh Nabi Ibrahim dan anaknya, tapak Baitullah tidak terkena bala bencana taufan sewaktu taufan besar melanda.Satu riwayat lagi...

Isnin, 10 Ogos 2009

Lelaki Ramai Masuk Neraka?

Kalau dilihat secara renungan makrifat, terdapat satu hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang menceritakan pengalaman baginda bertemu Allah SWT di Sidratul Muntaha di malam Isra' Mi'raj, di mana Allah SWT telah memperlihatkan kepadanya keadaan wanita yang kebanyakan mereka dihumban dalam api neraka lantaran beberapa kesalahan semasa berada di dunia.Namun ia bukan bermakna bahawa orang lelaki terselamat daripada panas api neraka dan dimasukkan dalam Syurga...

Rabu, 5 Ogos 2009

Dari SeremBan Ke Kota Bahru

hik..hik..gambar ketika aku mula-mula menjejaki kaki di oversea (tak bai thailand)sekurang-kurangnya takder la dengor dari mulut orang jee tentang suasana Di Tak Bai..ternyata takder menda yg best..hik..hik..mula-mula cuak gak..sebab sekarang ni macam-macam hal..wabak penyakit la..tempat bergolak la..arghhh..aku tawakal kan diri naak sampai jugak..ni jee la gambar yg aku dapat amik sebagai kenang-kenangan..ntah bila gaknya nak sampai lagii..ok! gambar...

Isnin, 27 Julai 2009

xpDc Gunung DatuK

25/07/2009 Rembau-Kelab Sukan JKR N,sembilan telah Mengadakan cabaran pendakian Gunung Datuk,Sejumlah 10 pasukan telah menyertai aktiviti tersebut..pasukan terdiri daripada setiap JKr daerah dan 2 cawangan kejuruteraan elektrik & mekanikal..Perasmian dilakukan oleh Pengarah Jabatan kerja Raya N.sembilan Dr.Ir.Tuan Roslan bin Taha..wakakakka.hik..hik..yg kelakau nya..aku antara salah seorang peserta dalam acara tersebut mewakili JKR Caw.Kejuruteraan...

Selasa, 14 Julai 2009

15 Bukti Keimanan

Al-Hakim meriwayatkan Alqamah bin Haris r.a berkata, aku datang kepada Rasulullah s.a.w dengan tujuh orang dari kaumku. Kemudian setelah kami beri salam dan beliau tertarik sehingga beliau bertanya: "Siapakah kamu ini ?"Jawab kami: "Kami adalah orang beriman." Kemudian baginda bertanya: "Setiap perkataan ada buktinya, apakah bukti keimanan kamu ?" Jawab kami: "Buktinya ada lima belas perkara. Lima perkara yang engkau perintahkan kepada kami, lima...

Ahad, 14 Jun 2009

TERTAWA DI DUNIA MENANGIS DI AKHIRAT

Dalam satu hadith, Nabi saw bersabda'Banyak tertawa dan tergelak-gelak itu mematikan hati'. Banyak tertawa menjadikan hati semakinmalap dan tidak berseri. Lampu hati tidak bersinar dan akhirnya terus tidakmenyala. Hati tidak berfungsi lagi.Nabi Muhammad melarang ummatnya darigelak-ketawa yang melampuai batas. Menurut hadith, banyak ketawa menghilangkanakal dan ilmu. Barangsiapa ketawa tergelak-gelak, akan hilang satu pintudaripada pintu ilmu. Kenapa...

Rabu, 10 Jun 2009

Petanda Kiamat

1) Penaklukan Baitulmuqaddis .bersabda: Dari Auf b. Malik r....a. katanya,Rasulullah s.a.w telah'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.' Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis .' - Hadith Sahih Bukhari~ perkara ni dah jadi dah.... depan mata.. walaupun sekadar tengok di berita perdana jam 8.00malam @ Al Jazeera.2) Zina bermaharajalela.'Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan...

Isnin, 1 Jun 2009

PENCURI KAIN KAPAN

Di Baghdad terdapat seorang lelaki yang sering mencuri kain kapan. Dia menggali setiap kubur orang yang baru meninggal dunia dan mengambil kain itu. Pada satu malam sedang dia menggali kubur, dia terperanjat besar melihat api menjulang-julang keluar dari lubang kubur. Badannya menggigil dan terus pingsan. Sebaik saja sedar, dia lari lintang-pukang sambil menangis teresak-esak. Dia berjumpa dengan seorang wali Syeikh Jonid Al-Bustani untuk menceritakan...

Ahad, 31 Mei 2009

KerJa-KerJa Naik TaraF BloG PalmuO

waRGHHHh..!!domam tak...poning pun tak..hik..hik..ontah la ehh..DEn ingat ini kali yg ke berapo gak ehh..den tuko template blog palmuo nii..(tak best la ckp org nogori rasa cam lain jee bunyi) emm..ok cam nii..!! disebabkan blog ni pun free..tak yah kena bayar..dan blog aku ni pun bukan la bzz sgt sampai jemm teruk org nak masuk blog nii pun payah..jadik,suka ati aku la nak buat cam ner..lagi satu aku suka teroka menda2 yg baruu..!! maklum la baru...

Khamis, 28 Mei 2009

SI-SOPAK, SI-BOTAK DAN SI-BUTA

Pada suatu hari Allah memerintahkan malaikat bertemu dengan tiga orang Bani Israil. Ketiga-tiga mereka cacat; seorang botak, seorang sopak dan seorang lagi buta. Malaikat yang menyamar seperti manusia itu bertanya si-sopak "Jika Allah hendak kurniakan sesuatu untuk kamu, apakah yang kamu mahu?" Si-sopak menjawab, "Saya mahu kulit saya sembuh seperti biasa dan diberi kekayaan yang banyak." Dengan takdir Allah, kulitnya kembali sembuh dan dikurniakan...

Ahad, 24 Mei 2009

Resepi Kesihatan

Seorang tabib dihantar oleh penguasa Mesir ke Medinah sebagai menunjukkan tanda persahabatan. Sepanjang dua tahun tabib itu berada di sana, tidak ada seorangpun yang datang untuk mendapatkan rawatan perubatan. Tabib menjadi hairan dan bosan kerana tidak dapat memberikan perkhidmatan apa-apa kepada penduduk Medinah. Tabib itu berjumpa Nabi Muhammad saw untuk mendapatkan kepastian. Dia bertanya Nabi, "Adakah penduduk sini takut untuk berjumpa tabib?"...

Selasa, 12 Mei 2009

Allah ada..Allah melihat

Pengetahuan pertama yang patut diberi kepada anak ialah ilmu Tauhid - pengesaan terhadap Allah diikuti dengan pengenalan terhadap Nabi Muhammad saw. sesuai dengan konsep 'awaludin makrifatullah' atau awal-awal agama ialah mengenal Allah. Dalam usaha menerapkan jiwa tauhid ini, seorang bapa mengajar anaknya supaya mengulang beberapa kali ayat berikut "Allah ada, Allah melihat". Si anak tadi terus menjadikannya seperti wirid dengan mengulang berkali-kali...

Sabtu, 9 Mei 2009

-MANDI- Lain Skt TAjuk kAli NI..ManFaaT BeRsaMa..

Oleh boommaduKAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus.Kajian di Jepun...

Rabu, 6 Mei 2009

SATU AMALAN NILAINYA SYURGA

Di padang Mahsyar segala amalan manusia ditimbang oleh Allah. Mana yang lebih banyak pahala dimasukkan ke syurga sementara yang berat timbangan dosa dihumban ke neraka. Seorang hamba Allah didapati kurang satu amalan (mata) saja untuk melayakkan dia masuk ke syurga. Jika mengikut perkiraan, dia adalah calon neraka tapi Allah Maha Penyayang akan hambanya. Allah memerintahkan orang itu mencari satu lagi mata untuk melayakkan dia ke syurga. Puas dia...

Ahad, 3 Mei 2009

10 Cara Membina Motivasi Diri

Sebelum mengambil sebarang langkah, duduk sejenak. Tarik nafas panjang dan lepaskan sekali gus. Kemudian pejamkan mata. Beri salam kepada diri sendiri dan katakan, "Hai, engkau dijadikan bukan untuk berkeluh-kesah.” Kemudian bangkitlah dan cuba lakukan perkara-perkara berikut:1.  Perbaiki imej anda,cuba lakukan sedikit perubahan Kalau selama ini anda tidak kisah kalau seluar yang dipakai sehingga seminggu dan tidak bergosok, cuba kali ini...

Page 1 of 3712345Next

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More