Subscribe

This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Berita Hari Ini

Khamis, 29 Januari 2009

PAHALA MEMBANTU JIRAN DAN ANAK YATIM

Pada suatu masa ketika Abdullah bin Mubarak berhaji, tertidur di Masjidil Haram. Dia telah bermimpi melihat dua malaikat turun dari langit lalu yang satu berkata kepada yang lain, "Berapa banyak orang-orang yang berhaji pada tahun ini?"

Jawab yang lain, "Enam ratus ribu."

Lalu ia bertanya lagi, "Berapa banyak yang diterima ?"

Jawabnya, "Tidak seorang pun yang diterima, hanya ada seorang tukang sepatu dari Damsyik bernama Muwaffaq, dia tidak dapat berhaji, tetapi diterima hajinya sehingga semua yang haji pada tahun itu diterima dengan berkat hajinya Muwaffaq."

Ketika Abdullah bin Mubarak mendengar percakapannya itu, maka terbangunlah ia dari tidurnya, dan langsung berangkat ke Damsyik mencari orang yang bernama Muwaffaq itu sehingga ia sampailah ke rumahnya. Dan ketika diketuknya pintunya, keluarlah seorang lelaki dan segera ia bertanya namanya.


Jawab orang itu, "Muwaffaq."

Lalu Abdullah bin Mubarak bertanya padanya, "Kebaikan apakah yang telah engkau lakukan sehingga mencapai darjat yang sedemikian itu?"

Jawab Muwaffaq, "Tadinya aku ingin berhaji tetapi tidak dapat kerana keadaanku, tetapi tiba-tiba aku mendapat wang 300 dirham dari pekerjaanku membuat dan menampal sepatu, lalu aku berniat haji pada tahun ini sedang isteriku pula hamil, maka suatu hari dia tercium bau makanan dari rumah jiranku dan ingin makanan itu, maka aku pergi ke rumah jiranku dan menyampaikan tujuan sebenarku kepada wanita jiranku itu.

Jawab jiranku, "Aku terpaksa membuka rahsiaku, sebenarnya anak-anak yatimku sudah tiga hari tanpa makanan, kerana itu aku keluar mencari makanan untuk mereka. Tiba-tiba bertemulah aku dengan bangkai himar di suatu tempat, lalu aku potong sebahagiannya dan bawa pulang untuk masak, maka makanan ini halal bagi kami dan haram untuk makanan kamu."

Ketika aku mendengar jawapan itu, aku segera kembali ke rumah dan mengambil wang 300 dirham dan kuserahkan kepada jiranku tadi seraya menyuruhnya membelanjakan wang itu untuk keperluan anak-anak yatim yang ada dalam jagaannya itu.

"Sebenarnya hajiku adalah di depan pintu rumahku." Kata Muwaffaq lagi.

Demikianlah cerita yang sangat berkesan bahwa membantu jiran tetangga yang dalam kelaparan amat besar pahalanya apalagi di dalamnya terdapat anak-anak yatim.

Rasulullah ada ditanya, "Ya Rasullah tunjukkan padaku amal perbuatan yang bila ku amalkan akan masuk syurga."

Jawab Rasulullah, "Jadilah kamu orang yang baik."

Orang itu bertanya lagi, "Ya Rasulullah, bagaimanakah akan aku ketahui bahawa aku telah berbuat baik?" Jawab Rasulullah, "Tanyakan pada jiranmu, maka bila mereka berkata engkau baik maka engkau benar-benar baik dan bila mereka berkata engkau jahat, maka engkau sebenarnya jahat."

Rabu, 21 Januari 2009

Mampukah kita menjadi seperti Imam Hassan al-Bana...

Kenapa kita seringkali menyanjung insan2 yang tidak sepatutnya dicontohi...artis2, pemimpin yang terang tidak adil dan tidak melaksanakan hukum Islam walhal kita mempunyai akal yang mampu menilai kabenaran dan kebatilan...think carefully... we are granted by Allah al-'aql to analyze and tadabbur anything in this earth...

Imam hassan al-Banna the Great Person to be followed...:)



Jatuhnya pemerintahan Khilafah Islamiyyah pada tahun 1924 merupakan satu tamparan hebat terhadap setiap individu Muslim yang cinta kepada agamaNya. Sejak dari saat itu, Islam telah diinjak-injak dan dihina serendah-rendahnya. Dunia Islam telah dibahagi-bahagikan sesama kuffar lah’natullah sebagaimana makanan dibahagi-bahagikan, bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW bahawa umat Islam akhir zaman seumpama makanan yang dikerumuni oleh musuh-musuh. Muslim yang berjuang di bawah naungan jihad telah diperangi habis-habisan, sehingga umat Islam yang tinggal hanyalah Muslim yang berkulitkan Islam. Pemikiran dan budaya Barat diagung-agungkan. Al-Qur’an dan as-Sunnah dilekeh-lekehkan. Pemerintahan negara-negara Islam pula diwariskan oleh penjajah kuffar kepada anak-anak didik mereka yang telah kosong roh Islamnya dan boleh diharap untuk meneruskan dasar-dasar penjajah. Hasilnya, tiada satu inci muka bumi Allah SWT pun sekarang ini yang terlaksana di dalamnya syari’at Allah SWT yang Maha Sempurna, yang tidak perlu diragukan lagi sama ada sesuai atau tidak dengan keadaan semasa.

Namun Allah SWT tetap menepati janjiNya yang Maha Benar. Allah SWT telah menjanjikan menerusi lidah RasulNya, akan muncul setiap 100 tahun seorang Mujaddid yang akan menghidupkan kembali ajaranNya dan menyalakan kembali api perjuangan para Nabi dan Rasul serta para Sahabat. Umat Islam tidak perlu menunggu lama untuk menyaksikan kebangkitan para pemuda-pemudi Islam yang menggelarkan diri mereka Ikhwanul Muslimin, dipimpin oleh al-Imam as-Syahid Hassan al-Banna (masyhur dengan susunan Ma’thurat yang disusun oleh beliau) pada tahun 1928 di Mesir. Al-Banna telah menyediakan satu asas Gerakan Islam (Harakah Islamiyyah) yang kukuh berpandukan kepada sirah perjuangan Rasulullah SAW, yang kini menjadi contoh kepada Gerakan Islam hampir di 70 negara di seluruh dunia pada hari ini. Meskipun umat Islam hari ini dipisah-pisahkan oleh sempadan negara akibat daripada semangat nasionalisme yang ditiup-tiupkan oleh penjajah kuffar, namun Gerakan Islam tetap mara dan utuh di setiap negara Islam dalam mendepani cabaran dan tekanan pemerintah dari segenap sudut. Hanya nama yang memisahkan antara satu Gerakan Islam dengan Gerakan Islam yang lain.

Al-Banna merupakan seorang mujaddid, pejuang, penda’wah, murabbi dan pemimpin yang akhirnya menemui syahid di jalan Allah… Kini dunia Islam hanya menunggu munculnya mujaddid baru abad ke 21, yang diharapkan mempunyai semangat Salahuddin al-Ayyubi, bagi memimpin umat Islam mendapatkan kembali kota suci Baitul Muqaddis, yang kini dikuasai Yahudi lah’natullah.

Selasa, 20 Januari 2009

CATATAN SAHABAT


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Sesungguhnya Allah S.W.T tidak memandang kepada rupa paras dan harta benda kamu tetapi Allah hanya memandang kepada niat hati dan amalan-amalan kamu.”

Pengajaran Hadith:

Setiap manusia nilainya yang paling utama terletak pada amal perbuatan yang dilakukannya bukanlah pada rupa parasnya. Jika baik tingkahlakunya maka baiklah dia pada pandangan kita, begitulah sebaliknya.Namun pada pandangan Allah S.W.T selain daripada tingkahlaku dan amalan, nilai yang terpenting adalah pada niat orang yang melakukan sesuatu amal perbuatan itu sendiri. Maksud niat di sini adalah tujuan sesuatu perkara dilakukan iaitu sejauh mana keikhlasannya kerana sesuatu kebaikan yang ada ‘udang di sebalik batu’ tidak boleh dikategorikan sebagai ikhlas di mana maksud ikhlas tersebut ialah membuat sesuatu kebaikan semata-mata kerana kebaikan itu sendiri dan tidak mengharapkan balasan selain daripada balasan Allah S.W.T.Lawan ikhlas adalah riya’ iaitu membuat sesuatu kebaikan dengan tujuan (niat) untuk menunjuk-nunjuk (mengampu atau membodek). Sifat ini akan menolak pahala daripada Allah S.W.T. Seorang yang ikhlas dalam kerjanya bererti dia tidak akan melaksanakan kerja yang diamanahkan itu sekadar melepaskan batuk di tangga atau bukan semata-mata kerana upah yang diterimanya setiap bulan bahkan dia menganggap kerjanya itu sebagai satu ibadah di mana wajib ke atasnya melaksanakan tanggungjawabnya itu dengan sempurna dan memuaskan. 6. Bekerja dengan niat yang ikhlas akan meningkatkan produktiviti dan dapat menghasilkan kerja-kerja yang bermutu di mana keikhlasan akan dapat menjamin kehidupan yang mulia di dunia dan akhirat.

Ahad, 18 Januari 2009

CATATAN AKU


assalamualaikum...
aku sajee je  ni nak membebel sensorang...hidup ni kadang2 kita sebagai manusia tak pernah puas..dah jadi naluri dan fitrah gaknya..terutama aku ler..masuk kali n ii..template yg kelima dah aku modified untuk blog aku...tak pernah yg bertahan lama..rasa macam tak best jee aku rasa..kekadang ikut mood gak..sebab mood tu penting..sebab mood tu yg bagi feel kat sensorang tu nak marah ke..nak suka kee..apa2 la..hik..hik..aku harap kali ni template blog aku bior la bertahan lama skt..sampai tahun 2010 ke .. tu pun kaloo allah anugerahkan kesihatan yg baik dan umo yg panjang....insya`allah..cam aku cakap mula2 kat ayat atas tu..aku sajee jee nak membebel sensorang...boring kot..hik..hik..ok chowww..!!

Rabu, 14 Januari 2009

Barisan Di Akhirat



Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: “Wahai Rasulullah tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT: Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris”.( Surah an-Naba :18)


Mendengar pertanyaan mi, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab: “Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan diiringi dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri...” Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut:


BARISAN PERTAMA

Diiring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka dijelaskan melalui satu seruan dan sisi Allah Yang Maha Pengasih: “Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikian balasannya dan tempat

kembali mereka adalah neraka..

BARISAN KEDUA

Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dan sisi Allah Yang Maha Pengasih: Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..”

BARISAN KETIGA

Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka...

BARISAN KEEMPAT

Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dan mulut mereka. ‘Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah nereka..

BARISAN KELIMA

Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu menggangu ketenteraman di Padang Mahsyar. “ Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..”

]BARISAN KEENAM

Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dan badan. “ Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.

BARISAN KETUJUH

Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah dan mulut mereka mengalir nanah dan darah. “Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannnya dan tempat kembali mereka adalah nereka.”

BARISAN KELAPAN

Diiring dan kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. ‘ Mereka adalah orang yang berbuat zina. Maka inilah balasannnya dan tempat kembali mereka adalah nereka.”

BARISAN KESEMBILAN

Diiring dari kubur dengan wajah hitam gelap dan bermata biru sementara di dalam din mereka penuh dengan api gemuruh. Mereka adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasnnya dan tempat kembali mereka adalah neraka.

BARISAN KESEPULUH

Diiring dari kubur dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. “Mereka adalah orang yang derhaka kepada ibubapanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KESEBELAS

Diiring dari kubur mereka dalam keadaan buta mata kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan Iidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. “ Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KEDUA BELAS

Mereka diiring dan kubur dengan wajah yang bersinar-sinar Iaksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka datang suara dan sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkar. Mereka adalah orang yang banyak berbuat balk, Mereka menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan. kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih’

Selasa, 13 Januari 2009

SEKADAR GAMBAR HIASAN


Hati itu umpama kaca jangan biarkan ia retak..Akal itu umpama air jangan biarkan ia kering..Iman itu umpama debu jangan biar ia hilang..Persahabatan itu pula umpama tali,jangan biarkan ia putus..


Ahad, 11 Januari 2009

Kita, Yahudi Dan Bumi Palestin


Saya ingin mulakan perbincangan ini dengan membahaskan dua perkara.

1. Orang Yahudi
Bangsa Yahudi berasal dari keturunan Nabi Ibrahim dari isterinya yang pertama iaitu Siti Sarah. Manakala bangsa Arab pula dari keturunan Nabi Ibrahim dari isteri keduanya Siti Hajar...

Nature kedua-dua bangsa ini memang keras. Sebab itu, banyak Nabi dan Rasul diutuskan kepada Bani Israel ini sedangkan bagi bangsa Arab hanya empat orang Rasul sahaja iaitu Nabi Soleh, Nabi Hud, Nabi Syuaib dan Nabi Muhamad.

Bani Israel terlaknat kerana sikap kasarnya terhadap utusan-utusan Allah. Banyak para nabi yang dibunuhnya. Sikap suka mengingkari perintah Allah banyak diceritakan melalui al-Quran. Walaubagaimana pun, mereka akan menjadi sangat baik jika mereka beriman. Banyak juga orang soleh dan Nabi lahir dari bangsa ini.

Jika para Nabi pun banyak dibunuhnya, maka tidak hairan jika mereka boleh membunuh orang lain selain bangsa mereka. Sejarah menyaksikan bagaimana puluhan ribu rakyat Palestin dibunuh sejak 60 tahun dahulu.

2. Bumi Palestin
Bumi Palestin adalah satu bumi yang disebut di dalam al-Quran sebagai yang kami berkati sekelilingnya. Allah mengatakan bahawa kami berkati sekelilingnya kerana tiga sebab:-

1. sebab banyaknya makam para Nabi di sekelilingnya
2. sebab banyaknya makam para orang soleh di sekelilingnya
3. sebab bumi ini akan menjadi bumi syahid sampai hari kiamat.

Memang sejak sebelum kebangkitan Rasullullah saw lagi, sejarah menyaksikan bumi ini berperang kerana agama di antara orang beriman dengan orang kafir dari Kerajaan Rom.

Setelah kebangkitan Rasulullah saw, juga banyak berlaku peperangan di bumi ini. Sejarah menyaksikan kita orang Islam pernah berperang dengan tentera Salib selama hampir dua ratus tahun. Kemudian terus terjadi peperangan di sini.

Sekarang, telah 60 tahun kita orang Islam berperang dengan Yahudi. Peperangan kerana agama ini akan terus berterusan. Jika kita memerhatikan peperangan akhir zaman juga akan berlaku di sini. Peperangan al-Mahdi Muntazar dan Nabi Isa terhadap orang kafir juga di sini. Hingga akhirnya, Nabi Isa akan dapat membunuh Dajjal di dalam peperangan yang amat dahsyat juga di bumi Palestin ini.

Setelah melihat dua perkara di atas, apakah peranan kita? Peranan kita adalah membantu semaksima yang kita mampu. Oleh kerana bumi ini memang akan menjadi bumi syahid sampai hari kiamat, maknanya ada peluang untuk kita membantu. Peluang ini terbuka sentiasa hingga hari kiamat. Jika kita tidak menghulurkan bantuan sekalipun, Allah akan datangkan orang lain yang akan menghulurkan bantuan. Oleh yang demikian, ambil peluang untuk melahirkan pahala. Jika kita mampu dengan tenaga, buatlah dengan tenaga, jika kita tidak mampu dengan tenaga, buatlah dengan lisan, jika dengan lisan pun tidak mampu paling kurang doakan dalam hati. Jangan langsung tidak peka dengan keadaan ini.
Semoga jihad menjadikan orang Islam sentiasa menang. Sekalipun mereka gugur, mereka gugur dengan memberi tentangan yang luar biasa kepada musuh mereka.

Jumaat, 9 Januari 2009

3 Watak Di Akhir Zaman

Khamis, 8 Januari 2009

Rabu, 7 Januari 2009

Kriteria-Kriteria Lelaki Soleh


Soleh dapat di definisikan sebagai seorang lelaki muslim yang beriman (mukmin), bersih dari segi zahir dan batinnya, mengambil makanan yang bersih dan halal(bukan dari sumber yang haram)serta sentiasa berusaha menjauhkan dirinya dari perkara perkara yang akan mendorong kearah maksiat dan menariknya ke jurang NERAKA yang amat dalam. Lelaki soleh juga ialah seorang lelaki yang sentiasa taat kepada Allah swt. dan RasulNya walau dimana sahaja mereka berada dan pada bila bila masa sahaja. KRITERIA-KRITERIA LELAKI SOLEH SEPERTI YANG DIMAKSUDKAN OLEH AL QURAN DAN AL HADIS
1. Sentiasa taat kepada Allah swt dan Rasullulah saw. 

2. Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hudupnya. 

3. Mati syahid adalah cita cita hidup yang tertinggi. 

4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah swt. 

5. Ikhlas dalam beramal. 

6. Kampung akhirat maejadi tujuan utama hidupnya. 

7. Sangat takut kepada ujian Allah swt. dan ancamannya. 

8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya. 

9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya. 

10. Solat malam menjadi kebiasaannya. 

11. Tawakal penuh kepada Allah taala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah swt 

12. Selalu berinfaq samaada dalam keadaan lapang mahupun sempit. 

13. Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah diantara mereka. 

14. Sangat kuat amar maaruf dan nahi munkarnya. 

15. Sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan. 

16. Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi keboduhan manusia, sentiasa saling koreksi sesama ikhwan dan tawadhu penuh kepada Allah swt. 

17. Kasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga.

Selasa, 6 Januari 2009

Kisah Luqman Al-Hakim dengan telatah manusia


Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar (keldai), manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, "Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki."

Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya (keldai) itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di passar itu berkata pula, "Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu."

Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, "Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu."

Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, "Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai."

Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihatai anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya, "Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."

Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya, "Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya."

Ahad, 4 Januari 2009

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad SAW



9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH

DI LEMBAH URANAH,

GUNUNG 'ARAFAH




"Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan !!! Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini . Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.


Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.


Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahwa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu . Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' hendaklah dibatalkan mulai sekarang.


Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.


Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai atas kamu . Sekiranya mereka menyempurnakan mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.


Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik! dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.


Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu .


Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak ada seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan amal soleh .


Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabk an atas segala apa yang telah kamu lakukan. Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku .


Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru . Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.


Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku .


Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain dan begitu seterusnya .


Semoga orang yang terakhir yang menerimanya lebih memahami kata-kataku ini dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba- Mu. "

Khamis, 1 Januari 2009

JENAZAH BERUBAH JADI BABI HUTAN

Seorang anak mendatangi Rasulullah sambil menangis. Peristiwa itu sangat mengharukan Rasulullah S.A.W yang sedang duduk bersama-sama sahabat yang lain.

"Mengapa engkau menangis wahai anakku?" tanya Rasulullah. "Ayahku telah meninggal tetapi tiada seorang pun yang datang melawat. Aku tidak mempunyai kain kafan, siapa yang akan memaqamkan ayahku dan siapa pula yang akan memandikannya?" Tanya anak itu.

Segeralah Rasulullah memerintahkan Abu Bakar dan Umar untuk menjenguk jenazah itu. Betapa terperanjatnya Abu Bakar dan Umar, mayat itu berubah menjadi seekor babi hutan. Kedua sahabat itu lalu segera kembali melapor kepada Rasulullah S.A.W.

Maka datanglah sendiri Rasulullah S.A.W ke rumah anak itu. Didoakan kepada Allah sehingga babi hutan itu kembali berubah menjadi jenazah manusia. Kemudian Nabi menyembahyangkannya dan meminta sahabat untuk memakamkannya. Betapa hairannya para sahabat, ketika jenazah itu akan dimakamkan berubah kembali menjadi babi hutan.

Melihat kejadian itu, Rasulullah menanyakan anak itu apa yang dikerjakan oleh ayahnya selama hidupnya.

"Ayahku tidak pernah mengerjakan solat selama hidupnya," jawab anak itu. Kemudian Rasulullah bersabda kepada para sahabatnya, "Para sahabat, lihatlah sendiri. Begitulah akibatnya bila orang meninggalkan solat selama hidupnya. Ia akan menjadi babi hutan di hari kiamat."

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More