This is default featured post 1 title
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.
This is default featured post 2 title
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.
This is default featured post 3 title
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.
This is default featured post 4 title
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.
This is default featured post 5 title
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.
Berita Hari Ini
-
Ibu lacur anak dipenjara 75 tahun - JOHOR BAHRU – Tindakan durjana seorang ibu tunggal melacurkan dua anak perempuannya yang baru berusia 10 dan 13 tahun kepada warga asing di sebuah hotel ba...7 tahun yang lalu
-
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan - MILAN 17 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, mulai tahun depan, rantau Asia Tenggara akan membentuk satu pasaran bersepadu dikenali sebagai Komuniti...10 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
Ahad, 5 September 2010
Rabu, 1 September 2010
RENUNGAN RAMADHAN AL-MUBAARAK
Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Ramai orang yang berpuasa tetapi tidak memperolehi apa-apa daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga, dan ramai yang mendirikan solat malam tetapi tidak memperolehi apa-apapun daripadanya melainkan kepenatan berdiri malam".

Ulasan :
Puasa seseorang itu akan sia-sia apabila :
- Solat Wajib ditinggalkan
- Lelaki yang menampakkan auratnya
- Lelaki yang memakai rantai, gelang atau anting-anting ( walaupun daripada perak atau seumpamanya )
- Mengeluarkan kata-kata yang kesat, lucah dan seumpamanya
- Makan, minum serta menggunakan produk atau barangan mana-mana syarikat yang jelas menentang Islam dengan sengaja
- Mendengar dan menyanyi nyanyian yang melalaikan dengan sengaja
- Fahaman Nasionalisme, Sekularisme dan Liberalisme masih menjadi pegangan utama
- Seseorang itu masih menyokong kezaliman, kemaksiatan dan kemungkaran dalam kehidupannya
- Perempuan yang mendedahkan auratnya ( nampak rambut, lengan tangan, perhiasan tubuhnya dan kakinya )
kedua
Salman r.a meriwayatkan bahawa pada akhir bulan Syaaban Rasulullah SAW memberikan khutbah kepada kami dan bersabda: "Wahai manusia, telah datang sekarang satu bulan yang mulia (agung), bulan yang paling diberkati yang mana terdapat di dalamnya satu malam yang tersangat besar kelebihannya daripada 1000 bulan. Inilah bulan yang mana Allah mewajibkan pada siang harinya untuk berpuasa. Dan Dia telah menjadikan Solat Terawih sebagai sunnah di malam itu. Barangsiapa yang ingin mendekatkan dirinya kepada Allah dengan melakukan satu amalan fardhu, kepadanya akan diganjari sebanyak amalan fardhu yang dilakukannya pada masa-masa yang lain. Dan barangsiapa yang melakukan satu amalan Fardhu, kepadanya akan diganjari sebanyak 70 amalan fardhu yang dilakukannya di masa-masa yang lain. Sesungguhnya ini adalah sebuah bulan kesabaran, dan ganjaran bagi kesabaran yang sejati ialah Jannah (Syurga). Ini juga adalah bulan simpati terhadap saudara-saudaramu. Ini adalah bulan di mana rezeki bagi orang yang benar-benar beriman ditambah. Barangsiapa memberi makan orang yang berpuasa, sebagai pembuka puasanya (pada masa matahari terbenam), kepadanya adalah keampunan terhadap dosa-dosanya dan pembebasan daripada api Jahannam (Neraka), dan untuknya ganjaran yang sama (dengan orang yang diberinya makan) tanpa mengurangkan pahala orang itu sedikitpun."
Maka kamu pun berkata: "Wahai Rasulullah, tidak semua daripada kami mempunyai sesuatu untuk diberikan kepada orang yang berpuasa itu bagi membuka puasanya." Rasulullah SAW menjawab: "Allah mengurniakan ganjaran yang sama ini kepada sesiapa yang telah memberikan kepada orang yang berpuasa bagi membuka puasanya walaupun hanya dengan sebiji tamar atau seteguk air ataupun sekali sisipan susu."
"Inilah bulan yang pada permulaannya membawakan kerahmatan Allah, pada pertengahannya memperolehi keampunanNya dan di akhirnya mendapat kebebasan daripada api Neraka Jahannam."
"Dan di dalam bulan ini kita hendaklah melakukam terus sebanyak-banyaknya akan 4 perkara, 2 daripadanya untuk mendapat keredhaan Allah taala sementara yang 2 lagi yang mana tanpanya kamu tidak dapat melakukannya."
"2 yang dapat menyukakan Allah ialah dengan kamu membaca kalimah Tahlil (Laa ilaaha illallah), dan perbanyakkan bacaan Istighfar. Dan 2 lagi yang tanpanya kamu tidak melakukannya ialah memohon pengharapan kepada Allah untuk memasuki Syurga dan meminta perlindungan kepadaNya daripada api Neraka Jahannam."
"Dan barangsiapa memberikan seseorang yang berpuasa akan air sebagai minuman, Allah akan membenarkannya untuk meminum daripada telagaKu, sekali minum yang selepas meminumnya dia tidak akan merasa dahaga sehinggalah dia masuk ke dalam Syurga (Jannah)."
Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, " Ummatku diberi lima perkara yang belum pernah diberikan kepada selain daripada mereka..Kepada mereka bau daripada mulut orang yang berpuasa adalah lebih harum di sisi Allah daripada bau harumnya kasturi. Bagi pihak mereka ikan- ikan di laut memohonkan keampunan sehinggalah mereka membuka puasa mereka, Allah menyediakan dan menghiasai sebuah taman yang istimewa di dalam Syurga setiap hari dan berkata kepadanya: "Masanya telah hampir bila mana hamba-hambaKu yang setia mengenepikan ujian- ujian yang besar (di dalam dunia) dan datang kepada kamu." Pada bulan ini syaitan yang jahat dirantaikan supaya tidak dapat mendatangi perbuatan-perbuatan maksiat yang selalu mereka hampiri di bulan- bulan selain ramadhan. Dan pada malam yang akhir Ramadhan mereka diampunkan.
Maka para sahabat r.a bertanya: "Ya Rasulullah s.a.w adakah itu malam Lailatul Qadar? Rasulullah s.a.w menjawab: "Tidak. Tetapi adalah selayaknya bahawa seorang hamba diberikan upahannya setelah menyempurnakan khidmatnya." (Riwayat Ahmad)
keempat
Ka'ab bin Ujra r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Hampirlah ke mimbar." Maka kami pun datang menghampiri mimbar. Bila Baginda SAW melangkah naik tangga pertama mimbar itu Baginda SAW berkata 'Amin'. Bila Baginda SAW melangkah naik ke tangga mimbar yang kedua, Baginda SAW berkata 'Amin'. Apabila Baginda SAW melangkah naik ke tangga mimbar yang ketiga, Baginda SAW juga berkata 'Amin'. Apabila Baginda SAW turun, kami pun bertanya: "Ya Rasulullah, kami telah mendengar daripadamu pada hari ini sesuatu yang belum pernah kami dengari sebelum ini." Baginda SAW lalu menjawab: "(Apabila daku melangkah naik ke tangga pertama) Jibril a.s muncul di hadapanku dan berkata: "Celakalah dia yang mendapati bulan Ramadhan yang dirahmati, tetapi membiarkannya berlalu tanpa mendapat keampunan." Dengannya aku berkata 'Amin'. Apabila aku melangkah naik ke tangga kedua, Jibril berkata: "Celakalah ke atasnya yang apabila mendapati namamu disebutkan, tetapi dia tidak memohon Daruud (Solawat) ke atasmu. Aku pun berkata 'Amin. Dan apabila aku melangkah naik ke tangga ketiga, Jibril berkata: "Celakalah ke atas orang yang masa hidupnya mendapati kedua-dua orang tuanya atau salah seorang daripada keduanya mencapai umur tua, tetapi tidak dibenarkan memasuki Syurga (kerana gagal memberikan khidmat kepada kedua ibubapa mereka)." Aku pun berkata 'Amin'. (Riwayat Hakim)
posted by Abu Mus'ab
Jumaat, 20 Ogos 2010
Jangan Lepaskan 11 Amalan Sunnat Bulan Ramadan Ini
Berikut adalah beberapa hadith Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam yang menerangkan kepada kita bagaimana untuk mendapatkan impak maksima dari kebaikan Ramadhan. Saya telah memetiknya dari kitab Riyadhus-Solihin susunan Imam Nawawi dan kitab Feqhus-Sunnah susunan Sheikh Sayyid Sabiq. Semoga kita semua dapat mengamalkannya, insyaALLAH.
1. Keutamaan Sahur Dan Mentakhirkannya Selama Tidak Khuatir Akan Terbitnya Fajar
Dari Anas radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bersahurlah kamu sekalian kerana sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat barakah.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari Zaid bin Tsabit radhiAllahu ‘anhu berkata: “Kami sahur bersama-sama dengan Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam, kemudian kami melaksanakan solat.” Ada seseorang bertanya: “Berapa lama antara sahur dengan solat itu?” Ia menjawab: “Kira-kira 50 ayat.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari ‘Amr bin ‘Ash radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Kelebihan puasa kami dan puasa ahli Kitab adalah adanya makan sahur.” (HR Muslim)
2. Segera Berbuka Puasa Apabila Sudah Masuk Waktu Berbuka
Dari Sahl bin Sa’d radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Manusia itu selalu dalam kebaikan selama mereka segera berbuka puasa.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari Anas radhiAllahu ‘anhu berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam sentiasa berbuka dengan beberapa biji ruthob (kurma yang baru masak) sebelum solat. Jika tidak ada ruthob (kurma yang baru masak), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam berbuka dengan tamar (kurma yang sudah kering). Jika tidak tamar (kurma yang sudah kering), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam meneguk air beberapa teguk.” (HR Abu Daud dan At-Turmudzi)
3. Berdo’a sepanjang berpuasa dan ketika berbuka.
Diriwayatkan oleh Turmudzi dengan sanad yang hasan, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Ada 3 golongan yang tidak ditolak do’a mereka, iaitu orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, pemimpin negara yang adil dan orang yang teraniaya.”
4. Menjauhi perkara-perkara yang bertentangan dengan ibadah puasa.
Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alahi wasallam bersabda: “Puasa itu adalah perisai, oleh kerana itu, apabila salah seorang di antara kamu sekalian berpuasa maka janganlah berkata kotor dan janganlah bertengkar/berteriak. Apabila ada seseorang yang mencaci-maki atau mengajak berkelahi, maka hendaklah ia berkata: “Sesungguhnya aku sedang berpuasa””. (HR Bukhari & Muslim)
Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: ‘Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan perbuatan buruk, maka Allah tidak memerlukan ia meninggalkan makan dan minumnya.” (HR Bukhari)
5. Bersiwak atau menggosok gigi.
Amir bin Rabi’ah berkata, “Saya melihat Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersiwak dan beliau pada saat itu sedang berpuasa. Kerana seringnya, maka saya tidak dapat membilang dan menghitungnya.” (HR Bukhari)
Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu mengatakan bahwa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Andaikan tidak memberatkan umatku, niscaya mereka kuperintahkan bersiwak pada setiap kali berwudhu.” (HR Bukhari)
6. Bermurah hati dan banyak menderma.
Dari Ibnu Abbas radhiAllahu ‘anhu katanya: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam adalah seorang yang paling dermawan, dan sifat dermawannya itu lebih menonjol pada bulan Ramadhan yakni ketika ditemui Jibril. Biasanya Jibril menemuinya pada setiap malam bulan Ramadhan, dibawanya mempelajari al-Quran. Maka Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam lebih murah hati melakukan kebaikan dari angin yang bertiup.” (HR Bukhari)
7. Menggandakan amalan membaca dan mempelajari al-Quran.
(Hadith Ibnu Abbas di atas menyatakan bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bertadarus (mempelajari al-Quran) dengan Jibril pada setiap malam Ramadhan.)
Membaca al-Quran adalah amalan biasa ummat Islam, tetapi sempena bulan Ramadhan, hendaklah kita tumpukan betul-betul dan menggandakannya. Para ulama apabila tibanya bulan Ramadhan akan memberhentikan kuliah yang diajar mereka dan menumpukan kepada mempelajari al-Quran. Membaca untuk memahami al-Quran yakni mentadabbur al-Quran adalah lebih utama dari membaca laju untuk mengkhatamkannya beberapa kali pada bulan Ramadhan.
8. Memberi makan untuk berbuka puasa.
Dari Zaid bin Khalid Al-Juhanny radhiaAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa yang memberi makan untuk berbuka orang yang berpuasa, maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu.” (HR At Turmudzy)
9. Mendirikan malam dengan solat sunnat (solat Tarawih)
Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam telah bersabda: “Barangsiapa yang mengerjakan solat sunnat pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala dari ALLAH, maka akan diampunilah dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari & Muslim)
10. Giat beribadah pada 10 hari terakhir Ramadhan
Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata: “Bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam apabila masuk sepuluh terakhir bulan Ramadhan. diramaikannya waktu malam, dibangunkannya ahli keluarganya dan diikat erat kain sarungnya.” (HR Bukhari & Muslim)
11. Beriktikaf pada 10 terakhir Ramadhan.
Dari Ibnu Umar radhiAllahu ‘anhu berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan sehingga Beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam dipanggil ALLAH Ta’ala, kemudian setelah beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam wafat, isteri-isterinya meneruskan kebiasaan Beliau itu.” (HR Bukhari & Muslim)
Semoga kita semua dapat mengambil pengajaran yang besar dari hadith-hadith Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam di atas. Janganlah dilepaskan peluang untuk mendapatkan pahala yang besar hasil dari usaha kita untuk bersungguh-sungguh melaksanakan sunnah di atas.
Selain dari sunnah yang telah dinyatakan di atas, jangan lupa dan meremehkan lain-lain sunnah Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam seperti senyum, beri salam, solat jamaah di masjid, berbuat baik kepada ahli keluarga dan jiran, beri tadzkirah, merendah diri dan lain-lain.
Mudah-mudahan hidayah dan taufiq menyinari hati dan jiwa kita semua dan mudah-mudahn melekat ke dada kita semua akan nilai besar Taqwa, amin.
Shahmuzir Nordzahir
www.muzir.wordpress.com
Rabu, 11 Ogos 2010
SeLamAt MeNyamBUt BULaN RaMaDAn 1431H

Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra: Bahawa sesungguhnya Rasulullah saw. pernah bersabda : Ketika datang bulan Ramadhan: Sungguh telah datang kepadamu bulan yang penuh berkat, diwajibkan atas kamu untuk puasa, dalam bulan ini pintu Jannah dibuka, pintu Neraka ditutup, Setan- Setan dibelenggu. Dalam bulan ini ada suatu malam yang nilanya sama dengan seribu bulan, maka barangsiapa diharamkan kebaikannya ( tidak beramal baik didalamnya), sungguh telah diharamkan (tidak mendapat kebaikan di bulan lain seperti di bulan ini). ( HR. Ahmad, Nasai dan Baihaqy. Hadits Shahih Ligwahairihi).
Barang siapa hadir ke dalam majlis zikir pada bulan Ramadan, ditulis tiap langkahnya ibadat setahun, dan pada hari Qiamat bersamaku di bawah Arasy. Siapa tetap berjemaah dalam bulan puasa didirikan kota bercahaya indah, cemerlangnya , dan yang berbakti kepada ibubapanya Allah memandang rahmat kepadanya, dan isteri yang berbuat sesuatu mencari keredaan suaminya, maka pahala yang besar Allah kurniakan kepadanya , seperti Siti Maryam dan siapa yang menyampaikan hajat orang mukmin, Allah menunaikan seribu hajatnya, dan siapa bersedekah kepada fakir miskin (yang ada anak isteri) tiap langkah dikurniakan kepadanya seribu kebajikan, dihapuskan seribu kejahatan dan diangkatkan seribu darjat baginya. (Al-Hadith).
Orang yang sembahyang bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya . (Al-Hadith)
Apabila berakhir bulan Ramadan, menangis wali-wali Allah kerana terpisahnya bulan yang paling mulia yang digandakan ibadat berlipatkali ganda daripada bulan bulan yang lainnya, bulan Allah mudah menerima ampun taubat hambaNya, bulan yang banyak sekali diturun rahmat ke alam, bulan yang terdapat padanya malam Lailatul Qadar, suatu rahmat dan rahsia yang dikurniakan kepada hamba hamba Nya yang salihin, yang tidak terdapat pada bulan bulan yang lainnya. Mereka menangis kerana belum tentu akan dapat menemui bulan termulia ini pada tahun tahun hadapan, kiranya dipanjangkan umur.
Apabila berakhirlah malam bulan Ramadan, menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, dan segala malaikat, jerana berlalu Ramadan berlalulah kelebihan, sebab musibah bagi umatku, dan duduk segala malaikat bagi musibah, orang bertanya : Ya Rasullullah, apa itu musibah ? Jawab rasullullah (s.a.w), Kerana segala doa padaNya itu mustajab, sedakah makbul, segala kebajikan digandakan dan siksa kubur diangkat , maka apakah musibah yang terlebih besar daripada ini bagi umatku?! (Al-Hadith)
Malam Aidilfitri, malam raya, disunatkan kepada kita berjaga malam, beribadah, bertakbir “AllahuAkbar” sepanjang malamnya. Akan mendapat keampunan yang banyak, pahala yang besar, rahmat Allah tercurah kepadanya. Siapa yang menghidupkan dua malam raya (AidilFitri & AidilAdha) dengan ibadatnya dan takbirnya , tiada dimatikan hatinya pada hari yang dimatikan segala hati. (Al-Hadith).