Subscribe

This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Berita Hari Ini

Sabtu, 27 Mac 2010

PERBUALAN ANTARA RASULULLAH SAW DENGAN IBLIS


Telah diceritakan bahawa Allah S.W.T telah menyuruh iblis datang kepada Nabi Muhammad s.a.w agar menjawab segala pertanyaan yang baginda tanyakan padanya. Pada suatu hari Iblis pun datang kepada baginda dengan menyerupai orang tua yang baik lagi bersih, sedang di tangannya memegang tongkat.

Bertanya Rasulullah s.a.w: "Siapakah kamu ini ?"

Orang tua itu menjawab: "Aku adalah iblis."

"Apa maksud kamu datang berjumpa aku ?"

Orang tua itu menjawab: "Allah menyuruhku datang kepadamu agar kau bertanyakan kepadaku."

Baginda Rasulullah s.a.w lalu bertanya: "Hai iblis, berapa banyakkah musuhmu dari kalangan umat-umatku ?" Iblis menjawab: "Lima belas."

1. Engkau sendiri hai Muhammad.
2. Imam dan pemimpin yang adil.
3. Orang kaya yang merendah diri.
4. Pedagang yang jujur dan amanah.
5. Orang alim yang mengerjakan solat dengan khusyuk.
6. Orang Mukmin yang memberi nasihat.
7. Orang yang Mukmin yang berkasih-sayang.
8. Orang yang tetap dan cepat bertaubat.
9. Orang yang menjauhkan diri dari segala yang haram.
10. Orang Mukmin yang selalu dalam keadaan suci.
11. Orang Mukmin yang banyak bersedekah dan berderma.
12. Orang Mukmin yang baik budi dan akhlaknya.
13. Orang Mukmin yang bermanfaat kepada orang.
14. Orang yang hafal al-Qur'an serta selalu membacanya.
15. Orang yang berdiri melakukan solat di waktu malam sedang orang-orang lain semuanya tidur.

Kemudian Rasulullah s.a.w bertanya lagi: "Berapa banyakkah temanmu di kalangan umatku ?" Jawab iblis, "Sepuluh golongan :-

1. Hakim yang tidak adil.
2. Orang kaya yang sombong.
3. Pedagang yang khianat.
4. Orang pemabuk/peminum arak.
5. Orang yang memutuskan tali persaudaraan.
6. Pemilik harta riba'.
7. Pemakan harta anak yatim.
8. Orang yang selalu lengah dalam mengerjakan solat/sering meninggalkan solat.
9. Orang yang enggan memberikan zakat/kedekut.
10. Orang yang selalu berangan-angan dan khayal dengan tidak ada faedah.

Mereka semua itu adalah sahabat-sahabatku yang setia."

Itulah di antara perbualan Nabi dan iblis. Sememangnya kita maklum bahawa sesungguhnya Iblis itu adalah musuh Allah dan manusia. Dari itu hendaklah kita selalu berhati-hati jangan sampai kita menjadi kawan iblis, kerana sesiapa yang menjadi kawan iblis bermakna menjadi musuh Allah. Demikianlah sebaliknya, sesiapa yang menjadi musuh iblis bererti menjadi kawan kekasih Allah.

Sesungguhnya keberkatan dan kerahmatan itu berada di kalangan mereka yang kasih kepada Allah, benci kepada iblis...
posted by Abu Mus'ab
Monotype Corsiva

Rabu, 10 Mac 2010

IKLan



Monotype Corsiva

Jumaat, 26 Februari 2010

Selamat Menyambut Maulidur Rasul ..1431H

Nabi berketurunan terpuji, mulia

NABI Muhammad SAW sebagai rasul terpilih berasal daripada keturunan mulia dan dihormati oleh masyarakat Arab.

Dari segi salasilah, Baginda adalah putera Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hasyim bin Abdul Manaf bin Qushai bin Hakim bin Murrah bin Ka'ab bin Lu'ai bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Annadhar bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma'ad bin Adnan.

Adnan pula daripada keturunan Nabi Ismail, putera Nabi Ibrahim.

Bonda Nabi Muhammad ialah Siti Aminah Wahb. Beliau adalah wanita suci yang berasal daripada keturunan mulia.

Kisah mengenainya dinyatakan dalam sebuah hadis, yang bermaksud: "Dan selanjutnya Allah memindahkan aku dari tulang sulbi yang baik, ke dalam rahim yang suci, jernih dan terpelihara. Setiap tulang sulbi itu, bercabang menjadi dua. Aku berada dalam yang terbaik daripada kedua-duanya itu."

Ahli hadis berpendapat, mafhum hadis itu ialah Rasulullah SAW berasal daripada keturunan yang terpuji dan mulia, sama ada di sebelah ibu atau bapa Baginda.

Ibu bapa Aminah, Wahb dan Barrah daripada keturunan terkenal ketika itu. Moyang beliau berketurunan daripada Bani Abdul Manaf bin Zuhrah bin Kilab. Ada riwayat mengatakan mereka berasal daripada keturunan Abdul Manaf bin Quraisy bin Kilab.

Ayahanda Baginda iaitu Abdullah bin Abdul Muttalib adalah pemuda berbangsa Quraisy yang berbudi pekerti mulia. Bagaimanapun, Baginda tidak sempat menemui ayahandanya kerana Abdullah meninggal dunia ketika Baginda masih dalam kandungan.

Rasulullah SAW dilahirkan di rumah bapa saudaranya, Abu Talib Bin Abdul Mutalib, pada awal pagi hari Isnin 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masihi.

Beberapa minggu menjelang kelahiran Nabi Muhammad, kota Makkah dikejutkan dengan berita pencerobohan Abrahah, pemerintah Yaman, yang ingin menyerang Makkah untuk menghancurkan Kaabah. Bagaimanapun, sebelum berjaya melaksanakan cita-cita itu, Abrahah dan tenteranya dihancurkan Allah, sebagaimana dinyatakan dalam surah al-Fil.

Justeru, saat kelahiran Baginda itu juga dikenali sebagai Tahun Gajah sempena peristiwa serangan Abrahah terhadap kota Makkah.

Selepas dilahirkan, bonda Baginda tidak dapat menyusukan baginda dengan baik. Oleh itu, Aminah menyerah Baginda kepada Suwaibah al-Aslamiah untuk disusukan. Selepas itu, Baginda diserahkan pula kepada Halimatus Sa'diah, wanita Bani Sa'ad bin Bakr, untuk disusukan.

Nabi Muhammad SAW hanya dikembalikan kepada Aminah selepas berusia lima tahun. Selepas itu, Aminah bersama Rasulullah berangkat ke Madinah untuk menziarahi makam suaminya, Abdullah.

Dalam perjalanan pulang dari Madinah, iaitu di satu dusun bernama Abwa, Aminah kembali ke Rahmatullah. Sebagai anak yatim, Rasulullah SAW hidup bersama datuk dan bapa saudara Baginda iaitu Abdul Mutalib serta Abu Talib. Abu Talib, seorang pedagang, sentiasa membawa Baginda berniaga di Syam.

Sebagai seorang insan terpilih, Baginda sentiasa mengamalkan sifat terpuji dan sentiasa menampilkan akhlak mulia.

Baginda mendirikan rumah tangga pada usia 25 tahun dengan Khadijah al-Khuwailid.

Nabi Muhammad adalah rasul yang mempunyai darjat yang mulia di sisi Allah. Baginda bersifat maksum yakni terpelihara daripada melakukan kesalahan dan kesilapan.


Baginda kembali ke Rahmatullah pada hari Isnin 12 Rabiulawal tahun ke-11 Hijrah bersamaan 7 Jun 632 Masihi, ketika berusia 63 tahun.


Khamis, 11 Februari 2010

Tumbangnya Khalifah. Hiduplah bersama Dajjal

Pertarungan orang-orang Yahudi dengan Islam beberapa waktu amat jelas sejak Nabi Muhammad berhijrah ke Yathrib (Madinah) hingga mereka diusir darinya, akhimya dari seluruh Semenanjung Arab setelah mengkhianati janji dan bersikap tidak jujur untuk menghapuskan orang-orang Islam dan orang-orang Arab yang menerima mereka sebagai tetamu sebelum kedatangan Islam.

Pertembungan itu terus berlanjutan berkurun sejak tertubuhnya kerajaan khalifah Islam di Madinah, Damsyik, Baghdad dan Sepanyol. Hinggalah kerajaan khalifah Islam berpecah kepada suRan, amir dan negara-negara kecil sampai kepada tertubuhnya empayar khatifah Islam Othmaniah Turki.



Sejarah penipuan orang-orang Yahudi di pusat pemerintahan khalifah Islam Turki Othmaniah telah bermula sejak pemerintahan Sultan Murad II. Kemudian pemerintahan Sultan Muhammad Al-Fatah (tahun 1481) yang mati diracun oleh tabib Yahudi Jacob Miastro.

Demikian juga pemerintahan Sultan Sulaiman A-Oanuni dan anak-anak cucunya diculik oleh seorang wanita Yahudi Norbato, gundik Sultan Salim II. Komplot orang-orang Yahudi menyusup ke dalam pemerintahan empayar Othmaniah telah berjalan lebih daripada empat kurun hingga berakhir di tangan seorang Yahudi yang berpura~pura menganut agama Islam yang dikenal dengan nama Mustafa Kamal Ataturk, atau Bapa Kemerdekaan Turki." Orang-orang Yahudi telah merancang untuk menghancurkan kerajaan khalifah Islam Othmaniah melalui beberapa golongan seperti berikut :
1. Golongan orang-orang Yahudi Donma yang berpura-pura menganut agama Islam. Setelah mereka diusir dan Sepanyol dan berkumpul di Salanik.

2. Golongan Salib Kristian yang pendendam terhadap agama Islam dan orang-Orang Islam setelah Islam berkembang di Vilna, Austria, khususnya setelah Constantionaple (Istanbul) jatuh ke tangan Muhamad Al-Fatah.

3. Gambaran buruk yang dilakukan oleh orang-orang Yahudi dan Kristian terhadap pemerintahan khalifah Othmaniah dan orang-orang Islam sebagai ganas dan liar. Ini menyebabkan penjajah-penjajah Barat ingin menguasai bumi negara-negara Islam Sejak. kurun 19 hingga jatuhnya kerajaan khalifah Islam Turki
4. Penubuhan perkumpulan rahsia, khususnya Pertubuhan Freemason.
5. Segolongan Arab Kristian menimbulkan Semangat Kebangsaan Arab bertujuan memisahkan diri dari kekuasaan kerajaan khalifah Islam Turki dan mendirikan negara-negara Arab yang bebas. Semangat ini turut membantu rancangan orang-orang Yahudi memecah belahkan negara-negara Islam.

Tokoh mereka telah diperalatkan dan dijadikan pelopor pembebasan Arab untuk menentang apa yang dinamakan penjajah kerajaan khalifah Islam Othmaniah dengan meniru semangat kebangsaan yang melanda Eropah sepanjang kurun 19.

Orang-orang Yahudi Donmat telah berjaya merancangkan "Turki AI-Fatat" yang dipelopori oleh agennya Madhat Pasya. Dari parti tersebut lahir pula sebuah parti lain yang dinamakan "Ittihad Wattarqi,' meminjamkan cogan kata dari revolusi Perancis: "Kebebasan, Persaudaraan dan Persamaan.
Parti tersebut dipelopori oleh seorang Yahudi dari Pertubuhan Freemason yang bertopeng nama Islam, Mustafa Kamal Ataturk yang merampas kuasa daripada Sultan Abdulhamid II pada tahun 1908. Akhirnya kekuasaan kerajaan telah jatuh ke tangan orang-orang Yahudi Donmat dan ahli-ahli Pertubuhan Freemason yang berpura-pura menganut agama Islam.
Perkumpulan lain yang ditubuhkan oleh orang-orang Yahudi ialah perkumpulan agama "Baktasher" iaitu kumpulan ajaran bari-niah. Pada kenyataannya bersifat sufi yang bertujuan menghapuskan agama Islam. Perkumpulan ini telah meninggalkan kesan buruk kepada kerajaan khalifah Islam Othmaniah, khususnya setelah terlcpasnya negeri AI-Bania dari !ingkungan negara-negara Islam.

Kalau dilihat pada zaman pemcrintahan Sultan Abdulhamid II (1876), akan kelihatan jelas bahawa orang-orang Yahudi Donmat seperti Madhat Pasya, Mustafa Kamal Ataturk dan lain-lainnya, mereka mahukan negara tunduk pada kehendak kuasa Negara-negara Eropah dengan alasan reformasi dan melindungi rakyat yang bukan beragama Islam.

Sultan Abdulhamid tetap bersikap menolak dan menghadapi orang-orang Yahudi Donmat dan Parti Itihad Wattarqi. Baginda menghadapi perasaan tamak kuasa-kuasa Barat untuk menghapuskan negara-negara Islam. Sebaik sahaja baginda memegang kuasa, baginda terus memerangi Pertubuhan Freemason dan menghapuskan agen-agennya daripada orang-orang Yahudi Donmat, khususnya pemimpin Madhat Pasya sebelum muncul pemimpin Mustafa Kamal Ataturk.

Setelah berakhirnya Madhat Pasya tahun 1877, gerakan orang-orang Yahudi Donmat dan Pertubuhan Freemason untuk menghancurkan kerajaan khalifah Islam Othmaniah tidak pernah lemah. Sultan Abdulhamid pernah menerima tekanan Yahudi Antarabangsa melalui sebuah negara Eropah. Baginda ditawarkan kewangan yang besar daripada seorang Yahudi, Teodor Hartizal (tahun 1902) sebagai jasa membenarkan orang-orang Yahudi seluruh dunia berhijrah dan bermastautin di Palestin.

Di samping tawaran-tawaran lain yang lumayan daripada orang-orang Yahudi Donmat melalui paderi Khakham Mushe Litoni dan Emanuel Qurah So. Tetapi tawaran kerakusan dan ketidak senonohan mereka disindir dan dicemuh oleh Sultan Abdulhamid yang menjawab di hadapan mereka: "Kami tidak menjual tanahair dengan wang. Kami mendapat negeri kami dengan pengorbanan darah datuk nenek kami. Kami tidak mungkin melepaskannya seinci pun tanpa kami mengorbankan darah untuknya. Apabila Hartizal dan konco-konconya sedar bahawa Sultan Abdulhamid seorang yang berpendirian tegas, beliau mengarahkan kepada orang-orang Yahudi Donmat dalam Parti Ittihad Wattarqi, Gerakan Kebangsaan Arab yang dipelopori oleh golongan Arfib Kristian, Sultan.dan Gerakan penyokong Kebangsaan. Gerakan tersebut yakni Turki Toraniah telah memainkan sentiment supaya melancarkan peranan besar melancarkan fitnah terhadap sultan.

Antara mereka paling benci terhadap sultan ialah Anwar Jawid, Talat Jamal, Husain Jahid Yaltasyin, Qurah So, Mushe Loi dan Mustafa Kamal Ataturk. Mustafa Kamal Atarturk diberikan perhatian khusus oleh Pertubuhan Fremason. Dia diharapkan untuk menjadi pemimpin Turki masa hadapan. Dia merupakan penghubung antara ahli Pertubuhan Freemason Islam Othmaniah.dengan agen-agen dalam tentera khas kerajaan sebagai askar yang berpengaruh, Mustafa Kamal Ataturk telah membentuk satu barisan teman-teman dari alili Pertubuhan Freemason, orang,orang Yahudi Donmat dan beberapa orang' pegawai tentera yang khianat menunggu kesempatan yang sesuai untuk merampas kuasa.

Apalagi melihat keadaan dalam negeri dilanda pelbagai peristiwa fitnah dan kekacauan serta menyaksikan negeri-negeri jiran dalam peperangan. Tepat pada tahun 1908 satu rampasan kuasa telah berjaya. Pada tahun 1909 Sultan Abduthamid dikurung. Tempatnya diambilalih oleh Sultan Muhamad ke-5 sebagai lambang.

Pada zaman pemerintahannya, orang-orangYahudi Donmat dan golonganahli Pertubuhan Freemason telah menguasai kerajaan malah Pertubuhan Freemason diperluaskan di kalangan pegawai-pegawai tentera. Dengan demikian membuka jalan untuk memisahkan agama dari politik. Kuasa sultan dilucutkan dari sifat-sifat khalifah Islam.

Banyak penjenayah dan tokoh orang-orang Yahudi berbangsa Bulgaria, Arab, Yunani dan Kristian yang bencikan Islam bersatu dengan ahli Pertubuhan Freemason mara ke Istanbul untuk menyingkirkan Sultan Abdulhamid secara muktamad.

Setelah Sultan Abdulhamid disingkirkan, kuasa sepenuhnya berpindah kepada golongan penjenayah ahli Pertubuhan Freemason yang dipelopori oleh Parti Mustafa Kamal Ataturk. Bencana mulai menimpa negara-negara Islam. Revolusi meletus di Balqan dan Albania. Austria merampas kawasan Bost dan HarSt. Orang-orang Islam di seluruh dunia termasuk Nusantara menghadapi kezaliman dan penjajahan dan yang lebih buruk daripada apa yang pernah dihadapi oleh kerajaan khalifah Islam Othmaniah Turki sebelumnya. Libya dijajah Itali, Moroko jatuh ke tangan Perancis, negara-negara Islam dijajah Eropah Barat dan Russia.

Sedang Mustafa Kamal Ataturk, seorang ahli Pertubuhan Freemason tidak berbuat apa-apa, malah gembira melihat apa yang berlaku kepada negara-negara Islam dan orang-orang Islam. Mustafa Kamal Ataturk telah mengisytiharkan Turki sebagai sebuah negara republik dan sekular hasil dari perancangan Pertubuhan Freemason Untuk menghapuskan kerajaan khalifah Islam.

Beliau mulai bertindak melakukan pembunuhan kejam terhadap para ulama yang ikhlas. Semua masjid dan sekolah agama ditutup. Azan masjid dan sembahyang dalam bahasa Arab diharamkan. Rakyat dipaksakan berpakaian secara barat. Wakaf dan pusaka secara Islam dihapuskan. Masjid Sofia dijadikan rnuzium. Perkahwinan dan undang-undang keluarga yang bersumber daripada syariat Islam digantikan dengan undang-undang Barat.

Poligami diharamkan. Lelaki dan Wanita diberikan persamaan hak dalam harta pusaka. Mengenai pendidikan dan kebudayaan: pendidikan Islam di semua sekolah, universiti dan maktab dihapuskan. Pembelajaran AI-Quran kepada kanak-kanak di masjid juga dihapuskan. Huruf tulisan Arab yang digunakan sejak seribu tahun telah digantikan dengan huruf rumi. Apa yang bersifat Arab Islam digalak menghapuskannya.

Apa yang bersifat kebaratan atau keeropahan digalak memperkembangkannya. Pintu negerinya dibuka seluas-luasnya kepada orang-orang Yahudi Eropah memasuki di segenap bidang ekonomi, politik, kebudayaan, pentadbiran, universiti dan pendidikan. Dan inilah diri kita hasilnya pada tahun 2010 dimana otak, jiwa dan raga kita telah dijajah sepenuhnya di dalam ekonomi, politik, kebudayaan, pentadbiran, universiti dan pendidikan sehinggakan walau yahudi masuk kelubang biawak sekalipun pasti kita akan menurutinya. Sekarang Yahudi tidak perlu memerangi umat Islam kerana Umat Islam sendiri yang memerangi Umat Islam. Itulah hakikatnya"

Palmuo menulis..

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More