Subscribe

This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Berita Hari Ini

Isnin, 27 Julai 2009

xpDc Gunung DatuK


25/07/2009 Rembau-Kelab Sukan JKR N,sembilan telah Mengadakan cabaran pendakian Gunung Datuk,Sejumlah 10 pasukan telah menyertai aktiviti tersebut..pasukan terdiri daripada setiap JKr daerah dan 2 cawangan kejuruteraan elektrik & mekanikal..Perasmian dilakukan oleh Pengarah Jabatan kerja Raya N.sembilan Dr.Ir.Tuan Roslan bin Taha..wakakakka.hik..hik..yg kelakau nya..aku antara salah seorang peserta dalam acara tersebut mewakili JKR Caw.Kejuruteraan Elektrik..tak pernah terpikir nak memanjat gunung datuk..dan tak pernah masuk dalam kepala hotak aku nak join sekali..demi untuk menyahut cabaran dan memantapkan fizikal dan mental..aku join sekali..sebelum ni aku cuma dengar dari mulut orang yg pendakian tersebut terlalu mancabar..ternyata kalo setakat duduk kat rumah buat taik mata jee lupa kan la hasrat nak mendaki..memang terlalu mencabar..kalo pk2 baik ilex kat rumah layan tv..mentedarah lagi elok..hik..hik..

sebanyak 4 botol air telah aku minum..termasuk la livita dan 100 plus..hik..hik..telinga aku tersumbat.. napas dah pakai mulut jee..akhirnya berjaya jugak aku menawan puncak gunung datuk..yes..yes!! terlupa jap lutut mcm nak tercabut..badan rasa seram sejuk kerana keletihan..tu semua buat aku terlupa setelah berada dipuncak gunung tersebut..ternyata mental dan fizikal aku masih kuat lagii..hik.h.hik..

bergambar kenangan2an bersama Tuan Pengarah JKR N.Sembilan ketika berada dipuncak Gunung Datuk Rembau..lupa..lagi satu..untuk pengetahuan pasukan JKR(E) dimana pasukan aku telah menyandang tempat kedua hasil kerja berpasukan..tak sangka!! yang pergi rata2 semuanya tak pernah panjat gunung...tiba2 blaeh menang..hik..hik..bravo utk JKr Caw.kejuruteraan elektrik N.sembilan..wa caya luu!!! kalo di bagi peluang untuk mendaki lagi..munkin akan aku pk 10 kali..hik..hik..

Selasa, 14 Julai 2009

15 Bukti Keimanan


Al-Hakim meriwayatkan Alqamah bin Haris r.a berkata, aku datang kepada Rasulullah s.a.w dengan tujuh orang dari kaumku. Kemudian setelah kami beri salam dan beliau tertarik sehingga beliau bertanya: "Siapakah kamu ini ?"

Jawab kami: "Kami adalah orang beriman." Kemudian baginda bertanya: "Setiap perkataan ada buktinya, apakah bukti keimanan kamu ?" Jawab kami: "Buktinya ada lima belas perkara. Lima perkara yang engkau perintahkan kepada kami, lima perkara yang diperintahkan oleh utusanmu kepada kami dan lima perkara yang kami terbiasakan sejak zaman jahiliyyah ?"

Tanya Nabi s.a.w: "Apakah lima perkara yang aku perintahkan kepada kamu itu ?"

Jawab mereka: "Kamu telah perintahkan kami untuk beriman kepada Allah, percaya kepada Malaikat-Nya, Kitab-kitab-Nya, Rasul-rasul-Nya, percaya kepada takdir Allah yang baik mahupun yang buruk."

Selanjutnya tanya Nabi s.a.w: "Apakah lima perkara yang diperintahkan oleh para utusanku itu ?"

Jawab mereka: "Kami diperintahkan oleh para utusanmu untuk bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan engkau adalah utusan Allah, hendaknya kami mendirikan solat wajib, mengerjakan puasa di bulan Ramadhan, menunaikan zakat dan menunaikan haji apabila mampu."

Tanya Nabi s.a.w selanjutnya: "Apakah lima perkara yang kamu masih terbiasakan sejak zaman Jahiliyyah ?" Jawab mereka: "Bersyukur di waktu senang, bersabar di waktu kesusahan, berani di waktu perang, redha pada waktu kena ujian dan tidak merasa gembira dengan sesuatu musibah yang menimpa pada musuh."

Mendengar ucapan mereka yang amat menarik ini, maka Nabi s.a.w berkata: "Sungguh kamu ini termasuk di dalam kaum yang amat pandai sekali dalam agama mahupun dalam tatacara berbicara, hampir saja kamu ini serupa dengan para Nabi dengan segala macam yang kamu katakan tadi."

Kemudian Nabi s.a.w selanjutnya: "Mahukah kamu aku tunjukkan amalan yang akan menyempurnakan dari yang kamu punyai ? Iaitulah, 1- Janganlah kamu mengumpulkan sesuatu yang tidak akan kamu makan. 2- Janganlah kamu mendirikan rumah yang tidak akan kamu diami. 3- Janganlah kamu berlumba-lumba dalam sesuatu yang bakal kamu tinggalkan. 4- Berusahalah untuk mencari bekalan untuk akhirat."

Sesungguhnya Iman seseorang itu boleh dikenalpasti melalui:

1- Percakapan
2- Hati (Keyakinan)
3- Tingkah Laku (Perbuatan)

Ahad, 14 Jun 2009

TERTAWA DI DUNIA MENANGIS DI AKHIRAT




Dalam satu hadith, Nabi saw bersabda'Banyak tertawa dan tergelak-gelak itu mematikan hati'.

Banyak tertawa menjadikan hati semakinmalap dan tidak berseri. Lampu hati tidak bersinar dan akhirnya terus tidakmenyala. Hati tidak berfungsi lagi.

Nabi Muhammad melarang ummatnya darigelak-ketawa yang melampuai batas. Menurut hadith, banyak ketawa menghilangkanakal dan ilmu. Barangsiapa ketawa tergelak-gelak, akan hilang satu pintudaripada pintu ilmu.

Kenapa dilarang ketawa berdekah-dekah?Dalam keadaan suka yang keterlaluan, hati kita lalai dan lupa suasana akhiratdan alam barzakh yang bakal kita tempuhi kelak. Sedangkan dahsyatnya alamtersebut tidak dapat dinukilkan dalam sebarang bentuk media. Kita sedangmenuju ke satu destinasi yang belum tentu menjanjikan kebahagiaan abadi.Sepatutnya kita berfikir bagaimana kedudukan kita di sana nanti, sama adaberbahagia atau menderita. Berbahagia di dunia bersifat sementara tetapidi akhirat berpanjangan tanpa had. Penderitaan di dunia hanya seketikatetapi di akhirat azab yang berterusan dan berkekalan. Merenung dan memikirkankeadaan ini cukup untuk kita menghisab diri serta menyedarkan diri kitatentang bahaya yang akan ditempuh.

"Tertawa-tawa di masjid menggelapkansuasana kubur". Demikian ditegaskan oleh Nabi saw. Kita sedia maklum, kuburialah rumah yang bakal kita duduki dalam tempoh yang panjang. Kita keseorangandan kesunyian tanpa teman dan keluarga. Kubur adalah satu pintu ke syurgaatau neraka. Betapa dalam kegelapan di sana, kita digelapkan lagi dengansikap kita yang suka terbahak-bahak di dunia.

Ketawa yang melampaui batas menjadikankita kurang berilmu. Apabila kurang ilmu, akal turun menjadi kurang. Kepekaanterhadap akhirat juga menurun. Nabi saw pernah bersabda: "Barangsiapa tertawa-tawanescaya melaknat akan dia oleh Allah (Al-Jabbar). Mereka yang banyak tertawadi dunia nescaya banyak menangis di akhirat."

Saidina Ali sentiasa mengeluh '....jauhnyaperjalanan ... sedikitnya bekalan ....' Walaupun hebat zuhud dan ibadatbeliau, namun merasakan masih kurang lagi amalannya. Betapa kita yang kerdildan malas beribadat ini sanggup bergembira 24 jam.

Dalam hadith lain, Nabi saw bersabda"Barangsiapa banyak tertawa-tawa, nescaya meringankan oleh api neraka."Maksudnya mudah dimasukkan ke dalam neraka.

Kita tidak pula dilarang menunjukkanperasaan suka terhadap sesuatu. Cuma yang dilarang ialah berterusan gembiradengan ketawa yang berlebihan. Sebaik-baik cara bergembira ialah sepertiyang dicontohkan oleh Nabi saw. Baginda tidak terbahak-bahak tetapi hanyatersenyum menampakkan gigi tanpa bersuara kuat.

Para sahabat pernah berkata "Ketawasegala nabi ialah tersenyum, tetapi ketawa syaitan itu tergelak-gelak."









Rabu, 10 Jun 2009

Petanda Kiamat



1) Penaklukan Baitulmuqaddis .

bersabda: Dari Auf b. Malik r....a. katanya,Rasulullah s.a.w telah

'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.' Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis .'
- Hadith Sahih Bukhari

~ perkara ni dah jadi dah.... depan mata.. walaupun sekadar tengok di berita perdana jam 8.00malam @ Al Jazeera.



2) Zina bermaharajalela.

'Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.' - Hadith Sahih Muslim

~ perkara ni dah jadi dah... depan mata...... kat mana mana ada perkara macam ni. dah tahu malu lagi. kalau nabi Muhammad PBUH masih hidup, pasti baginda sedih melihat kejadian ini. sebab bukan ini yang baginda inginkan dari umatnya.




3) Bermaharajalela alat muzik.

'Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka'. Ada yang bertanya kepada Rasulullah;
'Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?' Baginda menjawab: 'Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita' - Ibnu Majah

~ perkara ni dah jadi dah... depan mata........ paling senang nak jumpa depan television. adanya rancangan Akademi Fantasia, Malaysia Idol, artis perempuan yang membawa imej muslimah... dan pelbagai lagi... ini tak termasuk artis wanita yang macam perempuan nasrani dan yahudi.




4) Menghias masjid & membanggakannya.

'Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid' - Riwayat Nasai.

~ memang dah nampak dah........ tak payah tengok kat luar negara, kat Malaysia ni pun ada... masjeed cukup main besar, tapi tak ramai jemaahnya. tempat yang ramai jemaah, sampai melimpah-limpah tak muat nak masuk buat solat jumaat tak nak diperluaskan lagi masjeed tu. biasanya orang macam ni lebih pentingkan, masjeed mana paling canggih... cantik...



5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.

'Tidak akan datang kiamat sehingga banyak
perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam
tetangga.' - Riwayat Ahmad dan Hakim.

~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu...... ada jugak bapak yang tak ingat anak, suruh orang lain bela... bila anak dah besar, tak payah bela lagi, baru datang carik anak...



6) Ramai orang soleh meninggal dunia.

'Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran'
- Riwayat Ahmad

~ boleh kira berapa jer para ulama' yg tinggal... kalau yang ada ada ni tak tahu komitmen dia yang sebenarnya, samada betul tanggungjawabnya untuk kepentingan islam atau sekadar tempelan batuk di tangga.



7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.

'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh & hina).. Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia' - Riwayat Thabrani

~ George Bush, Ariel Sharon & kat Malaysia pun ada.........



8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.

'Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.' - Riwayat Ahmad

~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...



9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang .

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. 'Di antara anda² telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang'.

~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc.)... pakai kat umah cukupla tunjuk kat laki, dapat pahala besar... ini siap tunjuk kat orang.. nak tunjukkan betapa besar 'lurah aku', betapa besar pinggul aku', betapa ramping badan ku... betapa 'flat' perut ku .... etc.... masyaAllah. kan senang pakai baju kurung, nak duduk selesa, nak berjalan selesa, nak buat ibadah umum (macam keluar bekerja mencari rezeki, pegi berniaga dan jumpa orang, menghadiri majlis perkahwinan etc) pun selesa. apatah lagi ibadah khusus (bersolat, tak nampakla kulit kalau telekung jarang, nak berzikir pun seronok, sebab menutup aurat, sebab berzikir ni walaupun pendek, tapi berulang kali memang ada kebaikannya, hanya Allah yang tahu, bukan kita.)



10) Bulan sabit kelihatan besar.

'Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung(membesarnya) bulan sabit.' - Riwayat Thabrani

~ tak caya gi tengok... atau tanya orang yang biasa dengan ilmu ini. pasti mereka tahu.



11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.

'Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu
dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah
didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu' - Sahih Muslim

~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar2 harian & majalah² yg popular skarang nie........ macam macam kan ....


12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.

'Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu .......
& disembunyikan kesaksian yang benar.' -Riwayat Ahmad

~ tengok kes peperangan Iraq ... soheh serta sah nampak, tapi kita atau orang yang sepatutnya ... buat tak tahu jek....



13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.

'Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai²' - Sahih Muslim

~ Dubai dah turun salji... Mina (tempat orang buat haji- bersihkan dosa) dah kene banjir....

TOLONG FORWARDKAN KEPADA TEMAN² LAIN!



Dari Abdullah bin 'Amir r.a., Rasulullah s.a.w....bersabda:



'Sampaikanlah pesanku biarpun...
1 ayat...'

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More