Subscribe

This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Berita Hari Ini

Ahad, 6 September 2009

Kelebihan Sahur



Ibnu Umar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah Sollallhu 'alaihi wasallam telah bersabda: "Sesungguhnya Allah taala dan para malaikat-Nya mengirimkan rahmat ke atas mereka-mereka yang memakan sahur." (Riwayat at-Tabrani)

Jumhur Ulama telah bersepakat bahawa menyatakannya sebagai Mustahab. Ramai yang terlepas ganjaran yang amat besar ini kerana kemalasannya. Sesetengahnya setelah selesai Solat Terawih, terus bersahur dan terus pergi tidur. Betapa rugi besarnya rahmat yang telah mereka rugikan. Waktu sahur yang terbaiknya adalah 2 jam sebelum masuk waktu Subuh. Perlu diingatkan bahawa bersahur pada waktu yang paling lewat adalah lebih besar lagi pahalanya daripada bersahur pada awal waktu.

Rasulullah Sollallhu 'alaihi wasallam pernah bersabda yang bermaksud: "Perbezaan di antara puasa kita dengan (puasa) ahli-ahli Kitab (Yahudi dan Kristian) adalah terletak di atas makanan yang dimakan ketika bersahur. Mereka tidak bersahur."

Abdullah bin Harith radhiallahu 'anhu telah meriwayatkan bahawa salah seorang daripada para sahabat telah bertanya: "Sekali aku menziarahi Rasulullah Sollallhu 'alaihi wasallam pada masa Baginda sibuk dengan memakan sahur. Kemudian Rasulullah Sollallhu 'alaihi wasallam pun bersabda: "Inilah perkara (bersahur) yang penuh dengan keberkatan di mana Allah telah mengurniakannya ke atasmu. Janganlah tinggalkannya."

Hari ini dah masuk hari yang ke-13, jadi dengan baki hari yang masih ada, janganlah kita lepaskan peluang keberkatan yang Allah kurniakan ini kepada kita. Allah....
posted by Abu Mus'ab Mu'az

Khamis, 3 September 2009

Cadangan amalan keluarga di bulan ramadhan



Bulan yang penuh berkah dan rahmat datang lagi. Sebagai umat Islam, kita semua mestilah merebut peluang ini dengan sebaik-baiknya. Lakukanlah sebanyaknya amal soleh serta mempertingkatkan dan memperbanyakkan lagi amal ibadat pada bulan yang mulia ini. Di sini dikemukakan cadangan amalan yang boleh diikuti oleh kita semua.

Di bawah ini disenaraikan satu saranan program untuk umat islam di bulan ramadhan
Seorang yang beragama Islam memulakan harinya, dengan bersahur sebelum masuk waktu subuh. Lebih baik jika ia dapat dilewatkan beberapa ketika sebelum terbit fajar.
Selepas itu boleh bersiap sedia untuk mengerjakan solat subuh, berwudhuk di rumah dan berjalan ke masjid sebelum azan berkumandang
Selepas memasuki masjid, dirikanlah solat dua rakaat(tahiyatul masjid). Kemudian, duduk dan membaca doa atau membaca al-Quran atau berzikir sehingga azan dilaungkan. Cubalah menjawab azan yang dialungkan oleh muazzin dan membaca doa selepas azan. Kemudian, mendirikan solat sunat subuh dua rakaat. Selepas itu, jika masih ada masa terluang, bolehlah membaca al-Quran atau doa sehingga muazzin iqamah untuk mendirikan solat subuh berjemaah.
Selepas menunaikan solat subuh berjemaah, eloklah membaca zikir selepas solat. Kemudian, jika ingin terus duduk di masjid sehingga matahari naik, dia boleh berzikir atau membaca al-Quran kerana itulah amalan Rasulullah S.A.W selepas setiap kali solat subuh.
Kira-kira suku jam selepas matahari naik, sunat mendirikan solat dhuha sekurang-kujrangnya dua raakat. Jika tidak, boleh melengahkan solat sehingga masa yang dipilihnya ketika hari bertambah panas atau mahatari lebih tinggi.
Jika sesiapa terasa ingin tidur sebentar sebelum memulakakan kerja, berniatlah untuk memulihkan tenaga dalam beribadat dan mencari rezeki agar diberi pahala oleh ALLAH. Adalah dianjurkan untuk meniru cara tidur Rasulullah S.A.W.
Setelah semua itu selesai, bolehlah pergi bekerja dan apabila masuk watktu solat zuhur, disunnatkan pergi awal ke masjid dan bersedia untuk menunaikan solat zuhur berjamaah.
Mendirikan solat 4 rakaat(Solat sunat sebelum zuhur). Ia dilakukan dua rakaat diikuti salam, kemudian bangun dan menyambung lagi dua rakaat menjadikannya 4 rakaat beserta dua salam. Selepas mendirikan solat zuhur berjemaah, dirikanlah solat sunat selepas zuhur sebanyak 2 rakaat
Selepas solat, sempurnakanlah segala tanggungjawab ditempat kerja sehingga tiba waktu pulang. Jika masih ada masa terluang, bolehlan tidur sebentar sebelum tiba waktu asar. Jika bimbang terlepas melakukan solat asar berjemaah, bolehlah menyibukkan diri dengan sebarang aktiviti yang sesuai sehingga tiba waktu solat. Samaada pergi ke pasar untuk mendapatkan keperluan keluarga atau terus ke masjid sehingga selesai mengerjakan solat asar.
Selepas asar, bolehlah melakukan sebarang aktiviti yang sesuai seperti membaca al-Quran atau sebagainya. Jika seseorang itu berasa penat, bolehlah berehat bagi mengembalikan tenaga untuk persediaan solat terawih pada sebelah malam.
Sebelum azan maghrib, bersiap sedialah untuk berbuka.Pada waktu itu, lakukanlah sesuatu yang berfaedah seperti berdoa atau berbual-bual dengan isteri dan anak-anak tentang perkara yang bermanfaat.
Salah satu amalan baik yang boleh dilakukan ialah mengambil bahagian dalam mengagihkan makanan kepada orang yang berbuka puasa. Ini adalah satu nikmat yang tidak diketahui ramai kecuali mereka yang telah melakukannya.
Selepas berbuka, bolehlah terus ke masjid untuk menunaikan solat berjemaah. Dirikanlah solat sunat selepas maghrib 2 rakaat, kemudian bolehlah kembali ke rumah.
Diharuskan makan makanan yang masih terhidang tetapi jangan terlalu banyak. Kemudian, lakukanlah sebarang aktiviti untuk mengisi masa samaada dengan membaca buku atau berbual-bual tentang perkara yang diizikan bersama anggota kerluarga. Jangan sekali-kali melakukan perkara-perkara haram pada waktu-waktu begini.
Pada waktu ini biasanya media elektronik menghidangkan program-program menarik yang mengandungi perkara-perkara yang tidak bermoral. Berusahalah untuk mengalih pandangan keluarga terutamanya anak-anak daripada perkara-perkara yang sia-sia.
Bersiap sedia untuk menunaikan solat Isyak. Seelok-eloknya pergilah ke masjid sebelum masuk waktu dan membaca al-Quran atau mendengar sebarang sebarang syarahan jika ada.
Selesai mengejarkan solat isyak, diikuti dengan solat sunat selepasnya, mulakanlah solat terawih bersama imam dengan penuh kusyuk serta menghayati ayat yang dibaca. Jangan berhenti selagi imam tidak berhenti. Rasulullah bersabda yang bermaksud:
Sesungguhnya sesiapa yang berdiri(dan solat) bersama imam sehingga selesai, dicatatkan baginya seperti mengerjakan solat sepanjang malam. (Diriwayatkan oleh Abu Daud: 1370 dan lain-lain)
Selepas solat terawih, bolehlah merangka apa-apa program yang sesuai dengan masa dan keadaan serta keperluan peribadi seseorang. Walaubagaimanapun, beri penekanan perkara-perkara berikut:
Hindari perubuatan haram dan menutup semua pintu ke arah itu.
Pastikan keluarga tidak melakukan perkara haram dan menasihati mereka dengan berhikmah. Contohnya, menyediakan program khusus untuk mereka, membawa mereka melawat tempat yang diharuskan, mengelakkan mereka daripada berkawan dengan orang yang tidak berakhlak dan mencarikan mereka kawan yang berpekerti mulia.
Berusahalah untuk tidur awal mengikut cara tidur Rasulullah S.A.W. Selesaikanlah pembacaan al-Quran ataupun mana-mana buku yang belum dihabiskan pada hari itu.
Peruntukanlah masa yang cukup untuk bersahur. Berdoa sebanyak mungkin pada waktu ini kerana sepertiga akhir malam adalah masa ALLAH turun. Dia memuji mereka yang memohon keampunan daripadaNya. Dia juga berjanji akan mengabulkan doa dan menerima taubat hamba yang bertaubat kepadanya. Jadi, janganlah melepaskan peluang ini.
Pada hari jumaat di bulan ramadhan. Jumaat adalah hari terbaik di dalam seminggu. Jadi, kita hendaklah mempunyai jadual khas untuk beribadat pada hari ini. Cuba lakukan perkara berikut:
Datang awal ke masjid untuk mendirikan solat jumaat.
Berusahalah untuk berada di masjid selepas solat asar dan mengisinya dengan membaca al-Quran dan berdoa sehingga waktu-waktu terakhir hari itu. Pada masa inilah doa dimakbulkan.
Ambillah peluang pada hari ini untuk melengkapkan segala amalan yang tidak sempat disempurnakan sepanjang minggu.
10 hari terakhir ramadhan. 10 hari terakhir meliputi malam al-Qadar yang merupakan malam terbaik daripada seribu bulan.Maka, disunatkan beriktikaf di dalam masjid pada masa ini sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. Melakukan iktikaf pada waktu ini merupakan satu rahmat besar daripada ALLAH. Sesiapa yang tidak mampu melakukannya sepanjang 10 hari, cubalah dapatkan sebanyak yang termampu. Hidupkanlah malam ini dengan mendirikan solat, membaca al-Quran, berzikir dan berdoa. Sebaiknya berehat pada siang hari agar mudah berjaga pada sebelah malam.
Program ini hanyalah satu cadangan. Ia boleh diubah dan setiap orang boleh menyesuaikannya mengikut keadaan. Apa yang disenaraikan di sini lebih menumpukan kepada amalan yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. Ini tidak bererti setiap yang disebut di sini mesti dibuat dan diwajibkan. Ia hanya meliputi banyak perkara yang berbentuk sunnah dan amat digalakkan. Sebaik-baik amalan disisi ALLAH ialah yang berterusan sungguhpun sedikit. Pada awal bulan ramadhan lazimnya seseorang sangat cenderung melakukan amal ibadat, kemudian keghairahan menurun sedikit demi sedikit. Berjaga-jagalah dari keadaan itu dan bertekadlah untuk sentiasa beristiqamah pada bulan yang berkat ini. Umat Islam hendaklah berusaha untuk mengatur masanya dalam bulan ini agar tidak terelpas peluang untuk melakukan amalan soleh. Berusaha untuk membeli segala keperluan keluarga sebelum masuk bulan ini. Pilihlah waktu yang sesuai untuk melawat kawan dan saudara mara agar amal ibadat pada bulan ini tidak tergangu.
Beribadatlah sebanyak mungkin dan dekatkanlah diri kepada ALLAH.
Bertekadlah dari awal bulan untuk pergi ke masjid di awal waktu agar dapat mengerjakan solat berjemaah dan memperbanyakkan qiamullai serta bersedekah.
Ambillah sebaik peluang dalam bulan ramadhan untuk mengukuhkan hubungan dengan al-Quran melalui kaedah berikut:
Membetulkan bacaan. Cara yang betul untuk memenuhi tuntuan ini ialah dengan mendapatkan seseorang yang pakar dalam membaca al-Quran atau mendengar kaset qari-qari yang terkenal.
Mengulangi setiap ayat yang dihafal untuk meningkatkan daya ingatan.
Membaca buku-buku tafsir, seperti Tafsir al-Baghawi, Tafsir Ibn Katsir dan Tafsir al-Sa’di. Mulakan dengan juzuk ke-30 diikuti dengan juzuk ke-29 dan seterusnya.
Bertekad untuk menyempurnakan segala tuntutan ALLAH sebagaimana yang terdapat dalam ayat yang dibaca.

Semoga ALLAH melengkapkan kepada kita keberkatan ramadhan dan membantu kita untuk mengerjakan ibadat puasa dan qiamullai sepenjang bulan. Juga menerima segala amalank kiita serta mengampunkan dosa yang kita lakukan.


Disunting dan dinukilkan dari buku Soal Jawab Puasa Berdasarkan Majlis Fatwa Tetap Arab Saudi(Jilid 1). Terbitan Karya Bestari, Cetakan Pertama 2005 (m/s : 56-63)

Sabtu, 29 Ogos 2009

BISIKAN RAMADHAN




Salman meriwayatkan bahawa pada akhir bulan Syaaban Rasulullah SAW memberikan khutbah kepada kami dan bersabda: "Wahai manusia, telah datang sekarang satu bulan yang mulia (agung), bulan yang paling diberkati yang mana terdapat di dalamnya satu malam yang tersangat besar kelebihannya daripada 1000 bulan. Inilah bulan yang mana Allah mewajibkan pada siang harinya untuk berpuasa. Dan Dia telah menjadikan Solat Terawih sebagai sunnah di malam itu. Barangsiapa yang ingin mendekatkan dirinya kepada Allah dengan melakukan satu amalan fardhu, kepadanya akan diganjari sebanyak amalan fardhu yang dilakukannya pada masa-masa yang lain. Dan barangsiapa yang melakukan satu amalan Fardhu, kepadanya akan diganjari sebanyak 70 amalan fardhu yang dilakukannya di masa-masa yang lain. Sesungguhnya ini adalah sebuah bulan kesabaran, dan ganjaran bagi kesabaran yang sejati ialah Jannah (Syurga). Ini juga adalah bulan simpati terhadap saudara-saudaramu. Ini adalah bulan di mana rezeki bagi orang yang benar-benar beriman ditambah. Barangsiapa memberi makan orang yang berpuasa, sebagai pembuka puasanya (pada masa matahari terbenam), kepadanya adalah keampunan terhadap dosa-dosanya dan pembebasan daripada api Jahannam (Neraka), dan untuknya ganjaran yang sama (dengan orang yang diberinya makan) tanpa mengurangkan pahala orang itu sedikitpun."

Maka kamupun berkata: "Wahai Rasulullah, tidak semua daripada kami mempunyai sesuatu untuk diberikan kepada orang yang berpuasa itu bagi membuka puasanya." Rasulullah SAW menjawab: "Allah mengurniakan ganjaran yang sama ini kepada sesiapa yang telah memberikan kepada orang yang berpuasa bagi membuka puasanya walaupun hanya dengan sebiji tamar atau seteguk air ataupun sekali sisipan susu."

"Inilah bulan yang pada permulaannya membawakan kerahmatan Allah, pada pertengahannya memperolehi keampunanNya dan di akhirnya mendapat kebebasan daripada api Neraka Jahannam."

"Dan di dalam bulan ini kita hendaklah melakukam terus sebanyak-banyaknya akan 4 perkara, 2 daripadanya untuk mendapat keredhaan Allah taala sementara yang 2 lagi yang mana tanpanya kamu tidak dapat melakukannya."

"2 yang dapat menyukakan Allah ialah dengan kamu membaca kalimah Tahlil (Laa ilaaha illallah), dan perbanyakkan bacaan Istighfar. Dan 2 lagi yang tanpanya kamu tidak melakukannya ialah memohon pengharapan kepada Allah untuk memasuki Syurga dan meminta perlindungan kepadaNya daripada api Neraka Jahannam."

"Dan barangsiapa memberikan seseorang yang berpuasa akan air sebagai minuman, Allah akan membenarkannya untuk meminum daripada telagaKu, sekali minum yang selepas meminumnya dia tidak akan merasa dahaga sehinggalah dia masuk ke dalam Syurga (Jannah)."
Riwayat Ibnu Khuzaimah

Selasa, 18 Ogos 2009

Bekas Tapak Kaki Nabi Ibrahim Alaihi Salam



Setelah Nabi Ismail bersetuju untuk membantu Nabi Ibrahim membangunkan Kaabah, maka Nabi Ibrahim bersama dengan anaknya pun mula membina Kaabah setelah Allah S.W.T menunjukkan kepada mereka tempat yang harus dibina Baitullah itu.

Ada dua riwayat yang mengatakan bahawa Allah S.W.T meninggikan tapak Baitullah sebelum dibina oleh Nabi Ibrahim dan anaknya, tapak Baitullah tidak terkena bala bencana taufan sewaktu taufan besar melanda.

Satu riwayat lagi mengatakan bahawa tapak Baitullah itu telah runtuh dalam taufan besar sepertimana runtuhnya binaan-binaan besar yang lain. Setelah peristiwa taufan besar melanda maka sesungguhnya tidak ada orang lain yang mulakan pembinaannya semula kecuali Nabi Ibrahim dan anaknya.

Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail memulakan pembinaan Baitullah. Nabi Ibrahim menyusun naik batu sementara Nabi Ismail pula mengutip batu-batu besar seperti yang difirman oleh Allah S.W.T yang bermaksud: "Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama anaknya Nabi Ismail meninggikan binaan (tapak) Baitullah (Kaabah) sambil keduanya berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami! Terimalah, daripada kami amal kami sesungguhnya Engkau amat mendengar lagi Amat Mengetahui." (surah al-Baqarah ayat 127).

Apabila binaan sudah meninggi, Nabi Ismail, menghulurkan batu besar yang cukup tinggi dan diambil oleh Nabi Ibrahim dan membina Baitullah sehingga ia siap pembinaannya. Maka dengan kehendak Allah S.W.T sebaik saja Nabi Ibrahim meletakkan kakinya di batu besar itu, maka terlekatlah tapak kaki Nabi Ibrahim sepertimana dapat kita melihatnya sehingga hari ini dekat Baitullah. Dan ini adalah suatu tanda kebesaran Allah S.W.T.

Apabila agama Islam datang, Allah S.W.T mensyariatkan untuk bersembahyang di belakang maqam Ibrahim sepertimana firman Allah yang bermaksud: "Dan jadikanlah oleh kamu maqam Ibrahim itu tempat sembahyang." (surah al-Baqarah ayat 125).

Yang dikatakan maqam Nabi Ibrahim itu adalah kedua belah bekas tapak kaki beliau dan bukan kubur Nabi Ibrahim.

Setelah selesai pembinaan Baitullah, maka Allah S.W.T memerintahkan Nabi Ibrahim memberi kebenaran kepada umat manusia menunaikan haji di Baitullah. Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Dan serulah umat manusia untuk datang mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang ke (Rumah Allah) mu dengan berjalan kaki, dengan berkenderaan berjenis-jenis unta yang kurus, yang datangnya dari pelbagai jalan (ceruk rantau) yang jauh." (surah al-Haj ayat 27).

Setelah itu Nabi Ibrahim naik ke gunung (Jabal) Abi Qubais satu gunung yang paling dekat dengan Baitullah dan di sana beliau memanggil dengan nama Allah: "Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Tuhan kamu telah membina satu rumah-Nya bagi kamu, oleh itu hendaklah kamu semua tunaikan Haji di sana."

Nabi Ibrahim menyeru ke kanan dan ke kiri seolah-olah orang melaungkan azan. Allah S.W.T menyampaikan seruan Nabi Ibrahim a.s pada setiap orang yang diciptakan dalam bacaan talbiah dan itulah pernyataan semua orang yang mengerjakan fardhu haji, kerana haji itu tidak akan sah tanpa talbiah.

Bacaan talbiah antara lainnya: "Labbaikallahhummalabbaik" yang bermakna: Aku datang untuk menunaikan panggilan-Mu ya Allah.

Menunaikan haji adalah salah satu rukun Islam, oleh itu hendaklah kita menunaikannya apabila kita sudah mampu melaksanakannya. Banyak orang menunaikan haji, tetapi sekembali mereka dari menunaikan haji yang sangat menyedihkan ialah terdapat juga orang yang melakukan maksiat lebih teruk dari masa sebelum menunaikan haji.

Contohnya, perempuan yang berkekalan mendedahkan auratnya secara terang-terangan. Yang paling malang, apabila pulang dari mengerjakan Haji, masih ada lagi yang masih ada fahaman Pro Yahudi, Pro Kristian, Pro Sekular, Pro Liberal, Pro Nasional, dan Pro UMNO. Apa nak jadi ni?

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More